Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

435. Liabiliti sebagai penyumbang bagi anggota sekarang dan dahulu

Feedback & support
(1)

Apabila sesuatu syarikat digulung, tiap-tiap anggota sekarang dan dahulu adalah bertanggungan untuk menyumbang kepada aset syarikat sehingga suatu amaun yang mencukupi bagi pembayaran hutang dan liabiliti dan kos, caj dan perbelanjaan penggulungan dan bagi pelarasan hak penyumbang di kalangan anggota sekarang dan dahulu itu.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3)—

(a)

seseorang anggota dahulu tidak bertanggungan untuk menyumbang di bawah subseksyen (1)—

(i)

jika dia terhenti menjadi anggota selama satu tahun atau lebih sebelum permulaan penggulungan;

(ii)

berkenaan dengan apa-apa hutang atau liabiliti syarikat yang dengannya dibuat kontrak selepas dia terhenti menjadi anggota; atau

Syarikat 511

(iii)

jika didapati oleh Mahkamah bahawa anggota sedia ada tidak mampu untuk menjelaskan sumbangan yang dikehendaki supaya dibuat oleh anggota yang sedia ada itu di bawah Akta ini;

(b)

dalam hal sesuatu syarikat berhad menurut syer, tiada sumbangan boleh dikehendaki daripada mana-mana anggota yang melebihi amaun, jika ada, yang tidak dibayar ke atas syer yang berkenaan dengannya anggota itu bertanggungan sebagai anggota sekarang atau dahulu;

(c)

dalam hal sesuatu syarikat berhad menurut jaminan, tiada sumbangan, tertakluk pada subseksyen (5), boleh diminta daripada mana-mana anggota yang melebihi amaun yang diaku janji untuk disumbangkan oleh anggota itu kepada aset syarikat sekiranya syarikat itu digulung;

(d)

tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menidaksahkan mana-mana peruntukan yang terkandung dalam mana-mana polisi insurans atau kontrak lain jika—

(i)

liabiliti anggota individu ke atas polisi atau kontrak itu disekat; atau

(ii)

dana syarikat dijadikan bertanggungan sendiri berkenaan dengan polisi atau kontrak itu; atau

(e)

sesuatu jumlah wang yang kena dibayar kepada mana-mana anggota atas sifatnya sebagai seorang anggota melalui dividen, keuntungan atau selainnya tidak menjadi hutang syarikat yang kena dibayar kepada anggota itu dalam hal persaingan antara anggota itu dengan mana-mana pemiutang lain yang bukan anggota, tetapi apa-apa jumlah wang itu boleh diambil kira bagi maksud pelarasan akhir hak penyumbang di kalangan anggota itu.

(3)

Dalam penggulungan sesuatu syarikat berhad, mana-mana pengarah, sama ada dahulu atau sekarang, yang liabiliti adalah tidak terhad hendaklah bertanggungan untuk membuat sumbangan selanjutnya seolah-olah pengarah itu merupakan anggota sesuatu

512 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

syarikat tidak berhad sebagai tambahan kepada liabiliti, jika ada, untuk menyumbang sebagai anggota biasa.

(4)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (3)—

(a)

seseorang pengarah yang dahulu tidak bertanggungan untuk membuat sumbangan selanjutnya jika dia terhenti memegang jawatan selama satu tahun atau lebih sebelum permulaan penggulungan;

(b)

seseorang pengarah yang dahulu tidak bertanggungan untuk membuat sumbangan selanjutnya berkenaan dengan apa-apa hutang atau tanggungan syarikat yang dengannya dibuat kontrak selepas pengarah itu terhenti memegang jawatan;

dan

(c)

tertakluk pada perlembagaan, seseorang pengarah tidak bertanggungan untuk membuat sumbangan selanjutnya, melainkan jika difikirkan perlu oleh Mahkamah untuk menghendaki sumbangan itu bagi menyelesaikan hutang dan tanggungan syarikat dan kos, caj dan perbelanjaan bagi penggulungan.

(5)

Selepas penggulungan sesuatu syarikat berhad kedua-dua dengan syer dan jaminan, tiap-tiap anggota hendaklah bertanggungan untuk menyumbang setakat apa-apa jumlah wang yang tidak dibayar ke atas apa-apa syer yang dipegang oleh anggota itu, sebagai tambahan kepada amaun yang diaku janji untuk disumbangkan oleh anggota itu kepada aset syarikat itu sekiranya syarikat itu digulung.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules