Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

439. Hal keadaan yang syarikat boleh digulung secara sukarela

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat boleh digulung secara sukarela—

514 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(a)

apabila tempoh, jika ada, yang ditetapkan bagi jangka masa syarikat oleh perlembagaan tamat tempoh, atau peristiwa itu, jika ada, berlaku, yang apabila berlaku perlembagaan itu memperuntukkan bahawa syarikat itu hendaklah dibubarkan dan syarikat itu dalam mesyuarat agung telah meluluskan suatu ketetapan yang menghendaki syarikat itu digulung secara sukarela; atau

(b)

jika syarikat memutuskan sedemikian melalui ketetapan khas.

(2)

Sesuatu syarikat hendaklah—

(a)

menyerah simpan suatu salinan bercetak ketetapan itu dengan Pendaftar dalam masa tujuh hari dari kelulusan suatu ketetapan bagi penggulungan sukarela; dan

(b)

memberikan notis tentang ketetapan itu dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris dalam masa sepuluh hari selepas kelulusan ketetapan itu.

(3)

Syarikat dan tiap-tiap pegawai yang melanggar subseksyen (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules