Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
440. Penyelesai interim
Feedback & supportJika pengarah sesuatu syarikat membuat suatu akuan berkanun bahawa—
syarikat itu tidak dapat meneruskan perniagaannya disebabkan liabilitinya; dan
Syarikat 515
mesyuarat syarikat itu dan pemiutangnya telah dipanggil bagi suatu tarikh dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pengisytiharan, pengarah hendaklah dengan serta-merta melantik seorang penyelesai diluluskan sebagai penyelesai interim selepas akuan berkanun itu diserah simpan dengan Pendaftar dan dengan Pegawai Penerima.
Seseorang penyelesai interim hendaklah mempunyai segala fungsi dan kuasa seorang penyelesai dalam penggulungan pemiutang tertakluk pada apa-apa had dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang berhubungan dengan penggulungan.
Pelantikan seorang penyelesai interim di bawah seksyen ini hendaklah berterusan selama tiga puluh hari dari tarikh pelantikannya atau selama apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang dibenarkan oleh Pegawai Penerima dalam apa-apa hal tertentu atau sehingga pelantikan seorang penyelesai, mengikut mana-mana yang berlaku dahulu.
Notis tentang pelantikan seorang penyelesai interim di bawah seksyen ini bersama-sama dengan suatu salinan pengisytiharan yang diserah simpan dengan Pendaftar hendaklah diiklankan dalam masa empat belas hari dari pelantikan penyelesai interim itu dalam satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa kebangsaan dan satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dalam bahasa Inggeris.
Seseorang penyelesai interim adalah berhak untuk menerima apa-apa gaji atau saraan dengan cara peratusan atau selainnya sebagaimana yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah penggulungan.