Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
433. Kelayakan penyelesai
Feedback & supportTertakluk pada seksyen ini, seseorang selain Pegawai
Penerima yang dilantik sebagai penyelesai interim atau penyelesai dalam penggulungan oleh Mahkamah tidak layak, kecuali dengan keizinan Mahkamah, bagi pelantikan sebagai penyelesai interim atau penyelesai bagi sesuatu syarikat jika—
dia bukan seorang penyelesai diluluskan;
dia berhutang dengan syarikat atau dengan sesuatu perbadanan yang disifatkan berhubung dengan syarikat itu menurut kuasa seksyen 7 dalam amaun yang melebihi dua puluh lima ribu ringgit;
dia merupakan pegawai syarikat;
dia merupakan pekongsi, majikan atau pekerja bagi pegawai syarikat;
dia merupakan pekongsi atau pekerja bagi pekerja kepada pegawai syarikat;
dia menyerahhakkan estetnya bagi faedah pemiutangnya atau membuat perkiraan dengan pemiutangnya di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kebankrapan;
508 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
dia menjadi bankrap; atau
dia telah disabitkan dengan kesalahan yang melibatkan fraud atau ketidakjujuran yang apabila disabitkan dihukum dengan pemenjaraan selama tiga bulan atau lebih.
Perenggan (1)(a), (c), (d) dan (e) tidak terpakai bagi—
suatu penggulungan sukarela anggota; atau
suatu penggulungan sukarela pemiutang jika, melalui suatu ketetapan yang dijalankan oleh majoriti pemiutang daripada bilangan dan nilai yang hadir dengan sendiri atau melalui proksi dan mengundi dalam mesyuarat yang notis tujuh hari diberikan kepada tiap-tiap pemiutang yang menyatakan tujuan mesyuarat itu, ditentukan bahawa perenggan (1)(a),
, (d) dan (e) atau salah satu daripada perenggan itu tidak terpakai.
Bagi maksud perenggan (1)(a), mana-mana orang yang merupakan anggota badan profesional diiktiraf boleh memohon kepada Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan untuk diluluskan sebagai seorang penyelesai bagi maksud
Akta ini.
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan boleh meluluskan mana-mana orang sebagai penyelesai jika
Menteri berpuas hati dengan pengalaman dan keupayaan orang itu dan selepas pembayaran fi yang ditetapkan oleh orang itu.
Apa-apa kelulusan yang diberikan oleh Menteri di bawah subseksyen (4) boleh dibuat tertakluk pada apa-apa had atau syarat yang difikirkannya patut dan boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh
Menteri melalui penyampaian suatu notis pembatalan kepada orang yang diluluskan itu.
Tiap-tiap kelulusan di bawah seksyen ini termasuk pembaharuan kelulusan penyelesai hendaklah berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun selepas tarikh pengeluaran melainkan jika
Syarikat 509
dibatalkan terlebih dahulu oleh Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan.
Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan boleh mewakilkan semua atau mana-mana kuasanya di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang atau kumpulan orang.
Mana-mana orang yang telah diluluskan sebagai penyelesai di bawah subseksyen 433(4) hendaklah, dalam masa tiga puluh hari dari kelulusan itu, memberitahu Pendaftar butir-butir yang berikut:
maklumat peribadi penyelesai yang diluluskan itu;
kelulusan sebagai penyelesai yang diluluskan;
firma penyelesai yang diluluskan, termasuk pekongsi firma dan cawangan, jika ada; dan
apa-apa butir-butir lain yang dikehendaki oleh Pendaftar.
Jika terdapat apa-apa perubahan kepada butir-butir yang dinyatakan dalam subseksyen (4D), penyelesai hendaklah mengemas kini maklumat itu dalam masa empat belas hari dari tarikh perubahan itu.
Bagi maksud subseksyen (3), Menteri boleh, selepas berunding dengan Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan, menetapkan suatu badan yang hendaklah diiktiraf sebagai badan profesional diiktiraf.
Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai pegawai sesuatu syarikat jika—
orang itu merupakan pegawai sesuatu perbadanan yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itu menurut kuasa seksyen 7; atau
orang itu merupakan pegawai atau penganjur syarikat itu atau perbadanan sedemikian pada bila-bila masa dalam tempoh dua puluh empat bulan terdahulu.
510 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Seseorang tidak boleh dilantik sebagai penyelesai bagi sesuatu syarikat melainkan jika dia bersetuju secara bertulis sebelum pelantikan untuk bertindak sebagai penyelesai itu.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menyentuh apa-apa pelantikan penyelesai yang dibuat sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini.
Kerajaan terikat dengan peruntukan tertentu