Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
441. Tarikh permulaan penggulungan
Feedback & support(1)
Sesuatu penggulungan sukarela hendaklah bermula—
(a)
jika seseorang penyelesai interim dilantik sebelum ketetapan bagi penggulungan sukarela diluluskan, pada masa apabila
516 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
pengisytiharan yang disebut dalam seksyen 440 diserah simpan dengan Pendaftar; dan
(b)
dalam apa-apa hal lain, pada masa ketetapan bagi penggulungan sukarela diluluskan.
(2)
Suatu salinan pengisytiharan yang disebut dalam perenggan (1)(a) hendaklah diserah simpan dengan Pegawai Penerima.