Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
446. Kuasa untuk mengisi kekosongan dalam jawatan penyelesai
Feedback & supportJika sesuatu kekosongan berlaku disebabkan kematian, peletakan jawatan, pemecatan atau selainnya dalam jawatan penyelesai yang dilantik oleh syarikat, syarikat dalam sesuatu mesyuarat anggota boleh mengisi kekosongan itu, tertakluk pada apa-apa perkiraan dengan pemiutangnya.
Bagi maksud subseksyen (1), suatu mesyuarat boleh diadakan oleh mana-mana penyumbang atau, jika terdapat lebih daripada satu penyelesai, oleh penyelesai yang tinggal.
Mesyuarat hendaklah diadakan mengikut cara yang diperuntukkan oleh Akta ini atau oleh perlembagaan, atau mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah, atas permohonan oleh mana-mana penyumbang atau oleh penyelesai yang tinggal.