Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

455. Perbuatan penyelesai adalah sah, dsb

Feedback & support
(1)

Perbuatan seseorang penyelesai adalah sah walau apa pun apa-apa kecacatan yang selepas itu terdapat dalam pelantikan atau kelayakannya.

526 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

(2)

Apa-apa pemindahhakan, penyerahhakan, pemindahan, gadai janji, gadaian atau pelupusan lain harta syarikat yang dibuat oleh seseorang penyelesai adalah sah yang memihak kepada mana-mana orang yang mengambil harta itu dengan suci hati dan bagi nilai dan tanpa mengetahui tentang kecacatan atau ketidakteraturan, walau apa pun apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan itu yang menyentuh kesahan penggulungan atau pelantikan penyelesai itu.

(3)

Tiap-tiap orang yang membuat atau membenarkan apa-apa pelupusan harta kepada mana-mana penyelesai hendaklah dilindungi dan ditanggung rugi walau apa pun apa-apa kecacatan atau ketidakteraturan yang menyentuh kesahan penggulungan atau pelantikan penyelesai itu yang tidak diketahui oleh orang itu sebelum ini.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, sesuatu pelupusan harta hendaklah dianggap sebagai termasuk pembayaran wang.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules