Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
457. Kuasa penyelesai untuk menerima syer, dsb., sebagai balasan bagi penjualan harta syarikat
Feedback & supportJika dicadangkan bahawa keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan atau harta sesuatu syarikat hendaklah dipindahkan atau dijual kepada perbadanan yang lain, dengan kebenaran melalui ketetapan khas syarikat itu yang memberikan sama ada kuasa am kepada penyelesai atau kuasa berkenaan dengan apa-apa perkiraan tertentu, penyelesai syarikat itu boleh—
menerima sebagai pampasan atau pampasan sebahagian bagi pemindahan atau penjualan syer, debentur, polisi atau kepentingan lain yang serupa dalam perbadanan untuk pembahagian di kalangan anggota syarikat itu; atau
Syarikat 527
membuat apa-apa perkiraan lain yang anggota syarikat itu boleh, sebagai ganti kepada penerimaan wang, syer, debentur, polisi atau kepentingan lain yang serupa atau sebagai tambahan kepada perkiraan itu, mengambil bahagian dalam keuntungan atau menerima apa-apa faedah lain daripada perbadanan, dan mana-mana pemindahan, penjualan atau perkiraan itu hendaklah mengikat anggota syarikat itu.
Jika mana-mana anggota syarikat menyatakan keengganannya mengenai perkara yang disebut dalam subseksyen (1) secara bertulis yang dialamatkan kepada penyelesai dan menghantar serah ke pejabat berdaftar penyelesai dalam masa tujuh hari dari kelulusan ketetapan, anggota itu boleh menghendaki penyelesai itu sama ada dihalang daripada melaksanakan ketetapan itu atau membeli kepentingannya pada harga yang ditentukan melalui suatu perjanjian atau melalui timbang tara mengikut cara yang diperuntukkan di bawah seksyen ini.
Jika penyelesai memilih untuk membeli kepentingan anggota itu, wang pembelian hendaklah dibayar sebelum syarikat dibubarkan dan didapatkan oleh penyelesai mengikut apa-apa cara sebagaimana yang ditentukan melalui ketetapan khas.
Suatu ketetapan khas tidak menjadi tidak sah bagi maksud seksyen ini oleh sebab ketetapan itu diluluskan sebelum atau serentak dengan ketetapan bagi penggulungan sukarela atau bagi melantik penyelesai, tetapi jika suatu perintah bagi penggulungan syarikat oleh
Mahkamah dibuat dalam masa satu tahun selepas ketetapan itu diluluskan, ketetapan itu menjadi tidak sah melainkan jika dibenarkan oleh Mahkamah.
Bagi maksud sesuatu timbang tara di bawah seksyen ini, Akta
Timbang Tara 2005 [Akta 646] hendaklah terpakai seolah-olah terdapat pengemukaan bagi rujukan kepada dua penimbang tara, seorang dilantik oleh setiap pihak dan pelantikan seseorang penimbang tara boleh dibuat oleh penyelesai, atau jika terdapat lebih daripada satu penyelesai maka oleh mana-mana dua atau lebih penyelesai.
528 Undang-Undang Malaysia AKTA 777
Bagi maksud subseksyen (5), Mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan yang perlu bagi pemulaan dan penjalanan timbang tara dan apa-apa arahan itu hendaklah mengikat pihak-pihak.
Dalam hal penggulungan sukarela pemiutang, kuasa penyelesai di bawah seksyen ini tidak boleh dijalankan kecuali dengan kelulusan
Mahkamah atau jawatankuasa pemeriksaan.