Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
458. Mesyuarat tahunan anggota dan pemiutang
Feedback & supportJika penggulungan berterusan selama lebih daripada satu tahun, penyelesai hendaklah memanggil—
dalam hal penggulungan sukarela anggota, suatu mesyuarat anggota syarikat; dan
dalam hal penggulungan sukarela pemiutang, suatu mesyuarat anggota syarikat dan mesyuarat pemiutang, pada akhir tahun pertama dari permulaan penggulungan dan bagi setiap tahun berikutnya atau tidak lebih daripada tiga bulan selepas tahun berikutnya, dan hendaklah membentangkan di hadapan mesyuarat itu suatu pernyataan tentang tindakan penyelesai dan urusan dan tentang penjalanan penggulungan itu sepanjang tahun sebelumnya.
Penyelesai hendaklah menyebabkan notis tentang mesyuarat pemiutang dihantar serah melalui pos kepada pemiutang serentak dengan penghantarserahan notis tentang mesyuarat syarikat.
Tiap-tiap penyelesai yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit dan, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Syarikat 529