Akta Syarikat 2016 · Updated to 31 Jan 2025 · Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat
460. Perkiraan mengikat pemiutang
Feedback & supportApa-apa perkiraan yang dibuat antara sesuatu syarikat yang hampir atau yang dalam proses digulung dengan pemiutangnya
Syarikat 531
hendaklah, tertakluk pada hak untuk merayu di bawah seksyen ini, mengikat—
syarikat itu jika dibenarkan melalui suatu ketetapan khas; dan
pemiutang jika dipersetujui oleh tiga perempat daripada nilai dan separuh daripada bilangan pemiutang, tiap-tiap pemiutang bagi nilai di bawah lima ratus ringgit diambil kira daripada nilai sahaja.
Seseorang pemiutang hendaklah dianggap pemiutang bagi nilai untuk apa-apa jumlah wang berdasarkan butiran wajar yang dinyatakan, selepas membenarkan nilai jaminan atau lien yang dipegang oleh pemiutang itu dan amaun apa-apa hutang atau tolakan yang kena dibayar oleh pemiutang itu kepada penghutang, didapati merupakan baki yang kena dibayar kepada pemiutang itu.
Apa-apa pertikaian berkenaan dengan nilai mana-mana jaminan atau lien itu atau amaun hutang atau tolakan itu boleh diselesaikan oleh
Mahkamah atas permohonan syarikat, penyelesai atau pemiutang.
Mana-mana pemiutang atau penyumbang boleh merayu kepada
Mahkamah terhadap perkiraan, dalam masa tiga minggu dari penyempurnaan perkiraan, dan Mahkamah boleh meminda, mengubah atau mengesahkan perkiraan sebagaimana yang difikirkan adil oleh
Mahkamah.