Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

464. Petisyen penggulungan

Feedback & support
(1)

Sesuatu syarikat, sama ada digulung secara sukarela atau tidak, boleh digulung di bawah sesuatu perintah Mahkamah atas petisyen mana-mana satu daripada yang berikut atau lebih:

(a)

syarikat;

(b)

mana-mana pemiutang, termasuklah pemiutang luar jangka atau prospektif, bagi syarikat;

Syarikat 533

(c)

seseorang penyumbang atau mana-mana orang yang merupakan wakil diri kepada penyumbang yang mati atau pemegang amanah bagi kebankrapan atau Ketua Pengarah

Insolvensi bagi estet penyumbang yang bankrap;

(d)

penyelesai;

(e)

Menteri atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 465(1)(d) atau (l);

(f)

dalam hal sesuatu syarikat yang merupakan suatu institusi berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan yang bukan merupakan suatu institusi anggota di bawah Akta Perbadanan

Insurans Deposit Malaysia 2011 [Akta 720], Bank Negara

Malaysia;

(g)

dalam hal sesuatu syarikat yang merupakan pengendali sistem pembayaran ditetapkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Bank Negara Malaysia;

(h)

Pendaftar atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 465(1)(k); atau

(i)

dalam hal sesuatu institusi anggota di bawah

Akta Perbadanan Insurans Deposit Malaysia 2011,

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia yang disebut dalam seksyen 99 Akta itu.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua dalam subseksyen (1)—

(a)

seseorang yang disebut dalam perenggan (1)(c) tidak boleh mengemukakan petisyen atas mana-mana alasan yang dinyatakan dalam perenggan 465(1)(a), (b), (d) atau (g)

melainkan jika syer yang berkenaan dengannya penyumbang merupakan penyumbang atau beberapa syer itu yang asalnya diumpukkan kepada penyumbang, atau telah dipegang olehnya dan didaftarkan atas namanya selama sekurang-kurangnya enam bulan sepanjang lapan belas bulan sebelum

534 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

penyerahan petisyen atau diturunkan kepadanya melalui kematian atau kebankrapan pemegang yang dahulu;

(b)

sesuatu petisyen tidak boleh diserahkan oleh mana-mana orang kecuali seorang penyumbang atau Menteri jika alasan bagi petisyen itu adalah ingkar dalam menyerah simpan akuan berkanun di bawah subseksyen 190(3);

(c)

Mahkamah tidak boleh mendengar petisyen jika diserahkan oleh seorang pemiutang luar jangka atau prospektif sehingga apa-apa jaminan bagi kos diberikan sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah dan suatu kes prima facie bagi penggulungan telah dibuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah; dan

(d)

Mahkamah tidak boleh, jika sesuatu syarikat digulung secara sukarela, membuat suatu perintah penggulungan melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa penggulungan sukarela itu tidak dapat diteruskan dengan memberikan perhatian yang sewajarnya kepada kepentingan pemiutang atau penyumbang.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules