Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

465. Hal keadaan yang syarikat boleh digulung oleh Mahkamah

Feedback & support
(1)

Mahkamah boleh mengarahkan penggulungan jika—

(a)

syarikat melalui ketetapan khas memutuskan supaya syarikat hendaklah digulung oleh Mahkamah;

(b)

syarikat ingkar dalam menyerah simpan akuan berkanun di bawah subseksyen 190(3);

(c)

syarikat tidak memulakan perniagaan dalam masa satu tahun dari pemerbadanannya atau menggantung perniagaannya selama satu tahun;

(d)

syarikat itu tidak mempunyai anggota;

(e)

syarikat tidak mampu untuk membayar hutangnya;

Syarikat 535

(f)

pengarah bertindak dalam hal ehwal syarikat demi kepentingan pengarah sendiri daripada demi kepentingan anggota secara keseluruhan atau bertindak mengikut apa-apa cara lain yang didapati tidak saksama atau tidak adil kepada anggota;

(g)

apabila tempoh, jika ada, ditetapkan bagai jangka masa syarikat oleh perlembagaan tamat atau peristiwa, jika ada, yang sekiranya berlaku syarikat hendaklah dibubarkan sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan;

(h)

Mahkamah berpendapat bahawa adalah adil dan saksama yang syarikat digulung;

(i)

syarikat memegang suatu lesen di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan

Islam 2013, dan bahawa lesen itu telah dibatalkan atau diserahkan balik;

(j)

syarikat menjalankan perniagaan dilesenkan tanpa dilesenkan dengan sewajarnya atau syarikat menerima, mendapat atau mengambil deposit di Malaysia, dengan melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, mengikut mana-mana yang berkenaan;

(k)

syarikat digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apa maksud yang menjejaskan atau tidak bersesuaian dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, kepentingan awam, ketenteraman awam, keadaan yang baik atau prinsip moral di Malaysia; atau

(l)

Menteri telah membuat pengisytiharan dibawah seksyen 590.

(2)

Bagi maksud tindakan penggulungan yang dimulakan oleh

Pendaftar di bawah perenggan (1)(k), Pendaftar berpendapat bahawa sesuatu syarikat digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau apa-apa maksud yang menjejaskan keselamatan negara atau kepentingan awam atau tidak bersesuaian dengan keamanan, kebajikan, ketenteraman awam, keselamatan, keadaan yang baik atau

536 Undang-Undang Malaysia AKTA 777

prinsip moral di Malaysia hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie dalam semua Mahkamah dan oleh semua orang yang mempunyai kuasa untuk mengambil keterangan bagi maksud Akta ini, sehingga dibuktikan sebaliknya.

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules