Skip to content
In forceUpdated to 31 Jan 2025Read it in English
Contents

Bahagian IV · Pemberhentian Syarikat

466. Takrif “ketidakmampuan untuk membayar hutang”

Feedback & support
(1)

Suatu syarikat hendaklah disifatkan tidak mampu untuk membayar hutangnya jika—

(a)

syarikat itu berhutang dalam jumlah wang yang melebihi amaun yang ditetapkan oleh Menteri dan seseorang pemiutang melalui penyerahhakan atau selainnya menyampaikan suatu notis tuntutan, dengan sendiri atau melalui ejennya, yang menghendaki syarikat itu supaya membayar jumlah wang yang kena dibayar dengan meninggalkan notis itu di pejabat berdaftar syarikat itu, dan syarikat itu selama dua puluh satu hari selepas penyampaian tuntutan itu mengabaikan membayar jumlah wang itu atau dalam menjamin atau mencapai persetujuan baginya sehingga memuaskan hati pemiutang;

(b)

pelaksanaan atau proses lain yang dikeluarkan ke atas sesuatu penghakiman, dekri atau perintah mana-mana mahkamah yang memihak kepada pemiutang syarikat dikembalikan tanpa dijelaskan dengan sepenuhnya atau sebahagiannya;

atau

(c)

dibuktikan sehingga memuaskan hati Mahkamah bahawa syarikat tidak mampu untuk membayar hutangnya; dan dalam menentukan sama ada sesuatu syarikat tidak mampu untuk membayar hutangnya,

Mahkamah hendaklah mengambil kira tanggungan luar jangka dan prospektif syarikat itu.

(2)

Suatu petisyen untuk menggulung suatu syarikat hendaklah difailkan di Mahkamah dalam masa enam bulan dari tarikh tamat tempoh notis tuntutan yang dikeluarkan di bawah perenggan (1)(a).

Syarikat 537

Report

Bahagian V

Pelbagai

Bahagian VI

Bahagian VI Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;

Schedules