Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

52. Kesan pembatalan, penggantungan dan penyerahan balik lesen

Feedback & support
(1)

Seseorang hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaan kreditnya jika—

(a)

Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, membatalkan atau menggantung suatu lesen di bawah seksyen 50; atau

Kredit Pengguna 57

(b)

penyerahan balik suatu lesen telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 51(3) atau (4).

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus—

(a)

tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana suatu pemberi kredit berlesen; dan

(b)

menunaikan obligasinya termasuk, tertakluk kepada kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menjalankan perniagaan kreditnya semata-mata bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau bagi maksud yang benefisial untuk pengguna kreditnya atau orang lain yang berurusan dengannya, sehingga Suruhanjaya atau Pendaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpuas hati bahawa orang itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan, penggantungan atau penyerahan balik.

(3)

Suatu pembatalan, penggantungan atau penyerahan balik yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak—

(a)

mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) dengan mana-mana orang; atau

(b)

menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak menunaikan obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules