Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXVIII · Jaminan
388. Bila seseorang yang dituduh atas kesalahan tidak boleh jamin boleh dilepaskan atas jaminan
Feedback & supportIn plain English
A person accused of a non-bailable offence may get bail. Bail is refused if the person is reasonably believed guilty of an offence punishable by death, life imprisonment or up to forty years. The court may still grant bail to those under sixteen years, women, and sick or infirm people. Reasons for granting bail must be written down.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Apabila mana-mana orang yang dituduh atas apa-apa kesalahan tidak boleh jamin telah ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh seorang pegawai polis atau hadir atau dibawa ke hadapan
Kanun Tatacara Jenayah 237
Mahkamah, dia boleh dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai penjaga
Daerah Polis atau oleh Mahkamah itu, tetapi dia tidak boleh dilepaskan sedemikian jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah bersalah atas suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau pemenjaraan seumur hidup:
Dengan syarat bahawa Mahkamah itu boleh mengarahkan supaya mana-mana orang dibawah umur enam belas tahun atau mana-mana perempuan atau mana-mana orang sakit atau uzur yang dituduh atas kesalahan itu dilepaskan atas jaminan.
Jika didapati oleh pegawai atau Mahkamah itu pada mana-mana peringkat penyiasatan, siasatan atau perbicaraan, mengikut mana-mana yang berkenaan, bahawa tidak terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh itu telah melakukan suatu kesalahan tidak boleh jamin, tetapi terdapat alasan yang mencukupi bagi siasatan lanjut mengenai kesalahannya, tertuduh itu hendaklah, sementara menanti siasatan itu, dilepaskan atas jaminan, atau, menurut budi bicara pegawai atau Mahkamah itu, apabila suatu bon tanpa penjamin disempurnakan oleh orang itu bagi kehadirannya sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini.
Seseorang pegawai atau sesuatu Mahkamah yang melepaskan mana-mana orang atas jaminan di bawah subseksyen (1) atau (2)
hendaklah merekodkan secara bertulis sebab dia berbuat demikian.
Jika pada bila-bila masa selepas berakhirnya perbicaraan bagi seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan tidak boleh jamin dan sebelum penghakiman disampaikan, Mahkamah berpendapat bahawa terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa tertuduh itu tidak bersalah atas kesalahan itu, Mahkamah hendaklah melepaskan tertuduh itu, jika dia berada dalam jagaan, apabila suatu bon tanpa penjamin disempurnakan olehnya bagi kehadirannya untuk mendengar penghakiman disampaikan.
Mana-mana Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat yang berikutnya bagi apa-apa prosiding di bawah Kanun ini, menyebabkan mana-mana orang yang telah dilepaskan di bawah seksyen ini ditangkap dan boleh mengkomitkannya ke dalam jagaan.
238
Undang-Undang Malaysia
*Kehendak pemantauan elektronik bagi orang yang dilepaskan atas jaminan