Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXVIII · Jaminan
391. Orang hendaklah dilepaskan
Feedback & support(1)
Sebaik sahaja bon disempurnakan, orang yang bagi kehadirannya bon itu telah disempurnakan hendaklah dilepaskan dan apabila orang itu berada di dalam penjara, Mahkamah yang membenarkan dia dijamin hendaklah mengeluarkan suatu perintah pelepasan kepada pegawai yang menjaga penjara itu, dan pegawai itu, apabila perintah itu diterima, hendaklah melepaskan orang itu.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini, seksyen 387 atau 388
boleh disifatkan mmenghendaki pelepasan mana-mana orang yang boleh ditahan kerana sesuatu perkara selain perkara yang berkenaan dengannya bon itu disempurnakan.