Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXVIII · Jaminan
390C. Section 390C
Feedback & supportPeranti yang berikut boleh digunakan bagi maksud pemantauan elektronik:
suatu peranti yang—
dipasang pada seseorang;
sama ada secara langsung atau melalui suatu peranti yang disebut dalam perenggan (b) atau (c), dihubungkan kepada suatu pusat penerima melalui cara talian tetap, frekuensi radio, satelit atau teknologi lain;
sama ada secara langsung atau melalui suatu peranti yang disebut dalam perenggan (b) atau (c), berupaya menghantarkan kepada pusat penerima maklumat yang berhubungan dengan—
tempat tertentu yang peranti itu diletakkan pada sesuatu masa tertentu; dan
* CATATAN—Seksyen 390C masih belum berkuat kuasa—lihat seksyen 8 Akta
Kanun Tatacara Jenayah (Pindaan)(No.2) 2012 [Akta A1431].
242
Undang-Undang Malaysia
fungsian peranti itu; dan
berupaya mengesan apa-apa gangguan kepada peranti itu dan menghantarkan kepada pusat penerima maklumat yang berhubungan dengan gangguan itu;
suatu peranti pengesan mudah alih yang, bersama dengan suatu peranti yang disebut dalam perenggan (a)—
dihubungkan kepada suatu pusat penerima melalui cara talian tetap, frekuensi radio, satelit atau teknologi lain;
berupaya mengesan peranti yang disebut dalam perenggan (a) dan menghantarkan kepada pusat penerima maklumat yang berhubungan dengan tempat tertentu yang peranti itu diletakkan pada sesuatu masa tertentu;
berupaya, jika peranti pengesan mudah alih itu gagal mengesan peranti yang disebut dalam perenggan (a), menghantarkan kepada pusat penerima maklumat yang berhubungan dengan kegagalan itu; dan
berupaya menghantarkan kepada pusat penerima maklumat yang berhubungan dengan fungsian peranti itu; atau
suatu peranti pemantauan tapak yang—
dihubungkan kepada suatu pusat penerima melalui cara talian tetap, frekuensi radio, satelit atau teknologi lain;
bersama dengan suatu peranti yang disebut dalam perenggan (a), berupaya—
mengesan kehadiran atau ketiadaan peranti yang disebut dalam perenggan (a)
Kanun Tatacara Jenayah 243
di dalam atau dari sesuatu tempat tertentu pada sesuatu masa tertentu; dan
menghantarkan ke suatu pusat penerima maklumat yang berhubungan dengan kehadiran atau ketiadaan itu; dan
berupaya menghantarkan ke pusat penerima itu maklumat yang berhubungan dengan fungsian peranti itu.