Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXVIII · Jaminan
393. Penjamin boleh memohon supaya bon dilepaskan
Feedback & supportSemua atau mana-mana penjamin bagi kedatangan dan kehadiran seseorang yang dilepaskan atas jaminan boleh, pada bila-bila masa, memohon kepada seseorang Majistret supaya melepaskan bon itu sama ada keseluruhannya atau setakat yang berhubungan dengan pemohon itu.
Apabila permohonan sedemikian dibuat, Majistret itu hendaklah mengeluarkan waran penangkapannya yang mengarahkan supaya orang yang dilepaskan sedemikian dibawa ke hadapannya.
Apabila orang itu hadir menurut waran itu atau apabila dia menyerah diri dengan sukarela, Majistret itu hendaklah mengarahkan supaya bon itu dilepaskan, sama ada keseluruhannya atau setakat mana yang berhubungan dengan pemohon itu dan hendaklah meminta orang itu supaya mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika orang itu gagal berbuat demikian boleh mengkomitkan orang itu ke dalam jagaan.
Seseorang penjamin boleh, pada bila-bila masa, menangkap orang yang bagi kedatangan dan kehadirannya dia menjadi penjamin dan dengan segera membawanya ke hadapan Majistret yang hendaklah sesudah itu melepaskan bon penjamin itu dan meminta orang itu supaya mencari penjamin lain yang mencukupi, dan jika orang itu gagal berbuat demikian hendaklah mengkomitkan orang itu ke dalam jagaan.