Criminal Procedure Code · Updated to 1 May 2023 · Bab XXXVIII · Jaminan
390. Section 390
Feedback & supportSebelum mana-mana orang dilepaskan atas jaminan, atau dilepaskan atas bonnya sendiri, suatu bon bagi apa-apa jumlah wang sebagaimana yang difikirkan cukup oleh pegawai polis atau
Mahkamah, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disempurnakan oleh orang itu, dan apabila dia dilepaskan atas jaminan, oleh seorang penjamin atau lebih yang mencukupi, yang mensyaratkan bahawa orang itu hendaklah hadir pada masa dan di tempat yang disebut dalam bon itu, dan hendaklah terus hadir sedemikian sehingga diarahkan selainnya oleh pegawai polis atau Mahkamah itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Jika kes itu menghendaki sedemikian, bon itu hendaklah juga mengikat orang yang dilepaskan atas jaminan itu supaya hadir apabila dipanggil di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah lain untuk menjawab pertuduhan.
240
Undang-Undang Malaysia
*Kehendak pemantauan elektronik hendaklah dijelaskan