Seksyen 48
Dalam mana-mana hal yang berikut, iaitu—
(a)
jika Mahkamah melantik atau telah melantik seseorang pemegang amanah, atau jika seseorang pemegang amanah telah dilantik di luar mahkamah di bawah mana-mana kuasa berkanun atau kuasa nyata;
(b)
jika seseorang pemegang amanah yang berhak mendapat atau memiliki mana-mana tanah atau kepentingan mengenainya, sama ada dengan cara gadaian atau selainnya, atau berhak mendapat hak kontingen mengenainya, sama ada berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain─
(i)
telah hilang upaya;
(ii)
berada di luar bidang kuasa Mahkamah; atau
(iii)
tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan;
Pemegang Amanah 61
(A)
jika perintah itu berbangkit daripada pelantikan seseorang pemegang amanah, tanah itu atau kepentingan mengenainya hendaklah diletak hak bagi apa-apa kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah kepada orang-orang yang apabila dilantik, menjadi pemegang amanah itu; dan
(B)
jika perintah itu berhubungan dengan seseorang pemegang amanah yang berhak mendapat atau dahulunya berhak mendapat bersesama dengan seseorang lain, dan pemegang amanah itu telah hilang upaya atau berada di luar bidang kuasa Mahkamah atau tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan, tanah, kepentingan atau hak itu hendaklah diletak hak kepada mana-mana orang lain yang masih berhak, sama ada berseorangan atau dengan mana-mana orang lain yang dilantik oleh Mahkamah.
Perintah mengenai hak kontingen orang belum lahir
(c)
jika tidak dapat ditentukan penakat antara dua atau beberapa orang pemegang amanah yang bersesama berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah;
(d)
jika tidak dapat ditentukan sama ada pemegang amanah yang terakhir diketahui berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah masih hidup atau telah mati;
(e)
jika tidak ada seorang pun wakil diri pemegang amanah yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah, atau jika tidak dapat ditentukan siapa wakil diri pemegang amanah yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah;
(f)
jika tidak ada seorang pun wakil diri pemegang gadaian yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah, atau jika tidak dapat ditentukan siapa wakil diri pemegang gadaian yang telah mati yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah, atau jika tidak dapat ditentukan sama ada pemegang gadaian yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah masih hidup atau telah mati, atau jika pemegang gadaian yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah berada di luar bidang kuasa Mahkamah atau tidak dapat dijumpai atau, sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan;
(g)
jika seseorang pemegang amanah secara bersesama atau bersendirian berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah, atau berhak mendapat hak kontingen mengenainya, telah dikehendaki, oleh atau bagi pihak orang yang berhak menuntut pemindahhakkan tanah atau kepentingan itu atau pelepasan hak itu, supaya memindah hak tanah atau kepentingan itu atau melepaskan hak itu, dan telah dengan bersengaja enggan atau abai
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
memindahhakkan tanah atau kepentingan itu atau melepaskan hak itu dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas tarikh tuntutan itu; atau
(h)
jika tanah itu atau apa-apa kepentingan mengenainya terletak hak pada seseorang pemegang amanah sama ada dengan cara gadaian atau selainnya, dan didapati suai manfaat oleh Mahkamah,
Mahkamah itu boleh membuat suatu perintah (dalam Akta ini disebut perintah meletak hak) meletakhakkan tanah itu atau kepentingan mengenainya pada mana-mana orang mengikut apa-apa cara dan bagi apa jua kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah, atau melepas atau melupuskan hak kontingen itu kepada mana-mana orang sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah: