Seksyen 50
Perintah meletak hak sebagai ganti pindah hak oleh orang belum dewasa
ActIn forceProvision 50 of 69
Seksyen 50
Jika mana-mana orang yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah, atau berhak mendapat hak kontingen pada tanah, dengan cara cagaran wang, adalah seseorang belum dewasa,
Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletakhakkan atau melepaskan atau melupuskan kepentingan pada tanah atau hak itu sama caranya sebagaimana perintah itu dibuat berkenaan dengan pemegang amanah yang hilang upaya.