Seksyen 58
Perintah yang dibuat atas pengataan tertentu hendaklah menjadi keterangan muktamad
Jika sesuatu perintah meletak hak dibuat mengenai mana-mana tanah di bawah Akta ini berasaskan kepada pengataan mana-mana perkara berikut, iaitu─
(a)
ketidakupayaan diri seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian;
(b)
bahawa seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian atau wakil diri orang yang mendapat hakmilik atau orang lain yang mendapat hakmilik di bawah seorang pemegang amanah atau pemegang gadaian berada di luar bidang kuasa Mahkamah itu atau tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan telah dibubarkan;
(c)
bahawa tidak dapat ditentukan siapa di antara dua atau beberapa orang pemegang amanah, atau siapa di antara dua atau beberapa orang yang ada kepentingan pada sesuatu gadaian itu, adalah penakat;
(d)
bahawa tidak dapat ditentukan sama ada pemegang amanah atau wakil diri terakhir bagi orang yang memperoleh hakmilik atau orang lain yang memperoleh
70 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
hakmilik di bawah seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian, atau orang terakhir yang masih hidup yang ada kepentingan pada gadaian, masih hidup atau telah mati; atau
(e)
bahawa seseorang pemegang amanah atau pemegang gadaian telah mati tanpa wasiat dengan tidak meninggalkan seseorang yang mempunyai kepentingan secara benefisial pada harta si mati tak berwasiat itu atau pemegang amanah atau pemegang gadaian itu telah mati dan tidak diketahui siapa yang menjadi wakil diri atau orang yang ada kepentingan itu, fakta bahawa perintah itu telah dibuat demikian hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai perkara yang dikatakan itu dalam mana-mana Mahkamah mengenai apa-apa soal tentang keesahan perintah itu; tetapi seksyen ini tidak menghalang Mahkamah daripada mengarahkan sesuatu pemindahhakkan semula atau penyerahan atau pembayaran kos yang disebabkan oleh sesuatu perintah sedemikian jika perintah itu didapatkan dengan tidak sepatutnya.
Bidang kuasa membuat Perintah lain