Seksyen 57
Perintah meletak hak berhubungan dengan kepentingan benefisial orang belum dewasa
Jika seseorang yang belum dewasa berhak secara benefisial mendapatkan apa-apa harta, Mahkamah boleh, dengan tujuan menggunakan modal atau pendapatan daripadanya bagi nafkah,
Pemegang Amanah 69
pelajaran, atau faedah orang belum dewasa itu membuat suatu perintah─
(a)
melantik seseorang untuk memindahhakkan harta itu; atau
(b)
dalam hal stok, atau benda dalam tindakan, meletakhakkan pada mana-mana orang hak memindahkan atau meminta dipindahkan stok itu, atau untuk menerima dividen atau pendapatan daripadanya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan itu, mengikut apa-apa terma sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah.