Seksyen 52
Seksyen 52
Jika penghakiman diberi bagi pelaksanaan spesifik sesuatu kontrak yang berhubungan dengan apa-apa kepentingan pada tanah, atau bagi penjualan atau penukaran sesuatu kepentingan pada tanah, atau pada amnya jika apa-apa penghakiman diberi bagi pemindahhakkan apa-apa kepentingan pada tanah, sama ada dalam hal-hal yang berbangkit daripada doktrin pemilihan atau selainnya,
Mahkamah boleh mengisytiharkan─
(a)
bahawa mana-mana pihak dalam tindakan itu adalah menjadi pemegang-pemegang amanah bagi apa-apa kepentingan pada tanah itu atau mana-mana bahagiannya dalam erti Akta ini; atau
(b)
bahawa kepentingan orang-orang yang belum lahir yang mungkin menuntut di bawah mana-mana pihak dalam tindakan itu, atau di bawah amanah atau penyelesaian sukarela mana-mana orang yang telah mati yang semasa hayatnya menjadi pihak dalam kontrak atau transaksi yang berkenaan dengannya penghakiman itu dibuat, adalah kepentingan orang-orang, yang apabila dilahirkan, akan menjadi pemegang-pemegang amanah dalam erti Akta ini, dan dengan itu Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletak hak berhubungan dengan hak orang-orang itu, yang sudah lahir atau belum lahir, seolah-olah mereka telah menjadi pemegang-pemegang amanah.