Seksyen 62
Kuasa menanggungkan kos ke atas harta amanah
ActIn forceProvision 62 of 69
Seksyen 62
Mahkamah boleh memerintahkan supaya kos dan perbelanjaan bagi atau yang bersampingan dengan mana-mana permohonan untuk mendapatkan perintah melantik seorang pemegang amanah baharu, atau untuk mendapatkan perintah meletak hak, atau bagi dan bersampingan dengan mana-mana perintah sedemikian, atau mana-mana pemindahakkan atau pemindahan menurutnya, didapatkan dan dibayar daripada harta yang mengenainya perintah itu dibuat, atau daripada pendapatannya atau ditanggung dan dibayar mengikut apa-apa cara dan oleh mana-mana orang sebagaimana difikirkan patut oleh
Mahkamah.