Skip to content

Seksyen 60

Orang yang berhak memohon mendapatkan perintah

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 60 of 69
Seksyen 60
(1)

Sesuatu perintah di bawah Akta ini mengenai pelantikan seorang pemegang amanah baharu atau berkenaan dengan apa-apa kepentingan pada tanah, stok, atau benda dalam tindakan yang tertakluk kepada sesuatu amanah boleh dibuat atas permohonan mana-mana orang yang ada kepentingan benefisial pada tanah, stok, atau benda dalam tindakan itu, sama ada orang itu hilang upaya atau tidak, atau atas permohonan mana-mana orang yang dilantik dengan wajar menjadi pemegang amanahnya.

(2)

Sesuatu perintah di bawah Akta ini berkenaan dengan apa-apa kepentingan pada tanah, stok, atau benda dalam tindakan yang tertakluk kepada sesuatu gadaian boleh dibuat atas permohonan mana-mana orang yang ada kepentingan benefisial pada harta yang digadaikan itu, sama ada orang itu hilang upaya atau tidak, atau atas permohonan mana-mana orang yang ada kepentingan pada wang yang dijamin oleh gadaian itu.