Skip to content

Seksyen 56

Perintah meletak hak harta khairat atau harta pertubuhan

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 56 of 69
Seksyen 56

Kuasa yang diberi oleh Akta ini mengenai perintah meletak hak boleh dijalankan bagi meletakhakkan apa-apa kepentingan pada tanah, stok atau benda dalam tindakan pada mana-mana pemegang amanah khairat atau pertubuhan yang ke atasnya Mahkamah mempunyai bidang kuasa apabila tindakan dimulakan dengan wajar, sama ada pelantikan pemegang amanah itu dibuat oleh surat cara di bawah sesuatu kuasa atau oleh Mahkamah di bawah bidang kuasa am atau bidang kuasa berkanunnya.