Skip to content

Seksyen 55

Perintah meletak hak mengenai stok dan benda dalam tindakan

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 55 of 69
Seksyen 55

(1)

Dalam mana-mana hal berikut, iaitu─

(a)

jika Mahkamah melantik atau telah melantik seorang pemegang amanah, atau jika seorang pemegang amanah

66 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

telah dilantik di luar Mahkamah di bawah mana-mana kuasa berkanun atau kuasa nyata;

(b)

jika seorang pemegang amanah yang berhak berseorang atau bersesama dengan seorang lain untuk mendapat stok atau benda dalam tindakan─

(i)

telah hilang upaya;

(ii)

berada di luar bidang kuasa Mahkamah;

(iii)

tidak dapat dijumpai, atau sekiranya suatu perbadanan, telah dibubarkan;

(iv)

abai atau enggan memindahkan stok atau menerima dividen atau pendapatannya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan, mengikut arahan orang yang berhak secara mutlak mendapatnya, dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas suatu permintaan secara bertulis dibuat kepadanya oleh orang yang berhak demikian; atau

(v)

abai atau enggan memindahkan stok atau menerima dividen atau pendapatan daripadanya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik sesuatu benda dalam tindakan dalam tempoh dua puluh lapan hari selepas suatu perintah Mahkamah bagi maksud itu disampaikan kepadanya;

(c)

jika tidak dapat ditentukan sama ada seseorang pemegang amanah yang berhak berseorangan atau bersesama dengan seorang lain mendapatkan stok atau benda dalam tindakan itu masih hidup atau telah mati;

(d)

jika stok itu adalah atas nama orang yang telah mati yang wakil dirinya telah hilang upaya; atau

Pemegang Amanah 67

(e)

jika stok atau benda dalam tindakan itu terletak hak pada seorang pemegang amanah, sama ada dengan cara gadaian atau selainnya, dan pada hemat Mahkamah adalah suai manfaat,

Mahkamah boleh membuat suatu perintah meletakhakkan hak untuk memindah atau meminta dipindahkan stok, atau menerima dividen atau pendapatannya, atau membuat tuntutan bagi mendapati atau mendapatkan balik benda dalam tindakan itu, pada mana-mana orang yang dilantik oleh Mahkamah:

Dengan syarat bahawa─

(A)

jika perintah itu berbangkit daripada pelantikan seseorang pemegang amanah, hak itu hendaklah terletak hak pada orang-orang yang, apabila dilantik, menjadi pemegang-pemegang amanah itu; dan

(B)

jika orang yang haknya diuruskan oleh perintah itu berhak bersesama dengan seseorang lain, hak itu hendaklah diletak hak kepada orang yang terkemudian disebut itu sama ada berseorangan atau bersesama dengan mana-mana orang lain yang akan dilantik oleh

Mahkamah.

(2)

Dalam semua hal yang sesuatu perintah meletak hak boleh dibuat di bawah seksyen ini, Mahkamah boleh, jika didapati lebih mudah, melantik beberapa orang yang berkenaan untuk melakukan atau turut serta melakukan pemindahan itu:

Dengan syarat bahawa orang yang dilantik untuk melakukan atau turut serta melakukan pemindahan sesuatu stok hendaklah terdiri daripada beberapa orang pegawai yang berkenaan daripada syarikat yang stoknya hendak dipindahkan.

(3)

Orang yang kepadanya diberi, melalui suatu perintah

Mahkamah, hak untuk memindahkan atau meminta dipindahkan apa-apa stok, boleh memindahkan stok itu kepada dirinya sendiri atau mana-mana orang lain, menurut perintah itu, dan kesemua syarikat

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

hendaklah mematuhi tiap-tiap perintah di bawah seksyen ini mengikut maksudnya.

(4)

Setelah diberi notis secara bertulis mengenai sesuatu perintah di bawah seksyen ini adalah tidak sah di sisi undang-undang bagi mana-mana syarikat memindahkan apa-apa stok yang dimaksudkan oleh perintah itu atau membayar apa-apa dividen ke atasnya kecuali mengikut perintah itu.

(5)

Mahkamah boleh membuat penetapan dan memberi arahan tentang cara bagaimana hak memindahkan apa-apa stok atau benda dalam tindakan yang terletak hak di bawah seksyen ini hendak dijalankan.

(6)

Peruntukan seksyen ini mengenai perintah meletak hak hendaklah terpakai bagi syer pada kapal yang didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan perkapalan saudagar seolah-olah syer itu adalah stok.