Seksyen 59
Kuasa Mahkamah membenarkan urusan mengenai harta amanah
(1)
Jika dalam mengurus dan mentadbirkan mana-mana harta yang terletak hak pada pemegang amanah, apa-apa jualan, pajakan, gadaian, penyerahan, pelepasan atau pelupusan lain, atau apa-apa pembelian, pelaburan, pemerolehan, perbelanjaan, atau transaksi lain, adalah pada pendapat Mahkamah suai manfaat, tetapi yang demikian itu tidak dapat dikuatkuasakan oleh sebab tidak ada apa-apa kuasa bagi maksud itu diberi kepada pemegang amanah oleh surat cara amanah itu, jika ada, atau oleh undang-undang, Mahkamah boleh dengan perintah memberi kepada pemegang amanah, sama ada secara am atau dalam sesuatu hal tertentu, kuasa yang diperlukan bagi maksud itu, mengikut apa-apa terma, dan tertakluk kepada apa-apa peruntukan dan syarat, jika ada, sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah dan boleh mengarahkan cara bagaimana apa-apa wang yang dibenar untuk
Pemegang Amanah 71
dibelanjakan, dan kos sesuatu transaksi itu, akan dibayar atau ditanggung antara modal dan pendapatan.
(2)
Bagi memperluaskan dan bukan mengurangkan kuasa yang tersebut di atas Mahkamah boleh dengan perintah di bawah subseksyen
(1)
─
(a)
memberi kuasa kepada pemegang amanah untuk membuat pelaburan dalam atau atas hakmilik harta tak alih yang tidak dibenarkan oleh perenggan 4(1)(c);
(b)
memberi kuasa kepada mana-mana pemegang amanah yang menjadi pemegang gadaian tanah membeli mana-mana tanah itu di mana-mana lelongan tanah sedemikian yang diadakan mengikut perintah Mahkamah atau pada menjalankan kuasa menjual yang terletak hak pada pemegang amanah itu;
(c)
memberi kuasa kepada pemegang amanah untuk mendapatkan apa-apa wang bagi memperbaiki tanah atau rumah yang terletak hak pada atau dipunyai oleh amanah itu; atau
(d)
memberi kuasa kepada pemegang amanah melakukan apa-apa perbuatan yang pada hemat Mahkamah berfaedah kepada harta amanah itu atau kepada benefisiari.
(3)
Mahkamah boleh, dari semasa ke semasa membatalkan atau mengubah apa-apa perintah di bawah seksyen ini, atau boleh membuat apa-apa perintah baharu atau perintah tambahan.
(4)
Sesuatu permohonan kepada Mahkamah di bawah seksyen ini boleh dibuat oleh pemegang-pemegang amanah, atau oleh salah seorang daripada mereka, atau oleh mana-mana orang yang ada kepentingan benefisial di bawah amanah itu.
72 Undang-Undang Malaysia AKTA 208