Seksyen 63
Kuasa melepaskan pemegang amanah daripada liabiliti sendiri
Jika pada hemat Mahkamah bahawa seseorang pemegang amanah, sama ada yang dilantik oleh Mahkamah atau selainnya, adalah atau mungkin bertanggungan sendiri kerana sesuatu pecah amanah, sama ada transaksi yang dikatakan sebagai pecah amanah itu berlaku sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, tetapi dia telah bertindak dengan suci hati dan munasabahnya, dan seharusnya dimaafkan kerana pecah amanah itu dan kerana tidak mendapat arahan
Mahkamah mengenai perkara yang terhadapnya dia melakukan pemecahan itu, maka Mahkamah boleh melepaskan pemegang amanah itu sama ada kesemuanya atau sebahagiannya daripada liabiliti sendiri kerana pecah amanah itut.