Seksyen 64
Kuasa menghendaki benefisiari menanggung rugi mengenai pecah amanah
Jika seseorang pemegang amanah melakukan pecah amanah atas hasutan atau permintaan atau dengan persetujuan benefisiari secara bertulis, Mahkamah boleh jika difikirkannya patut, dan walaupun benefisiari itu seorang perempuan yang bersuami yang terhalang daripada mengurus harta, membuat apa-apa perintah sebagaimana difikirkan patut oleh Mahkamah, bagi mengimpaun kesemua atau mana-mana bahagian kepentingan benefisiari itu pada
74 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
harta amanah itu dengan cara menanggung rugi pemegang amanah atau orang-orang yang menuntut melaluinya.
(2)
Seksyen ini terpakai bagi pecah amanah yang dilakukan sama ada sebelum atau pun selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.
Pembayaran ke dalam Mahkamah