Skip to content

Seksyen 51

Perintah meletak hak yang berbangkit daripada perintah untuk menjual tanah

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 51 of 69
Seksyen 51

Jika mana-mana mahkamah memberi penghakiman atau membuat perintah mengarahkan penjualan atau penggadaian mana-mana tanah, tiap-tiap orang yang berhak mendapat atau memiliki apa-apa kepentingan pada tanah itu, atau yang berhak mendapat hak kontingennya, dan menjadi pihak dalam tindakan atau prosiding yang dalamnya penghakiman atau perintah itu diberi atau dibuat atau selainnya terikat dengan penghakiman atau perintah itu, hendaklah disifatkan berhak mendapat atau memilikinya, mengikut mana yang berkenaan, sebagai pemegang amanah bagi maksud Akta ini, dan mahkamah boleh, jika difikirkannya suai manfaat, membuat perintah meletakhakkan tanah itu atau mana-mana bahagiannya, bagi apa-apa estet atau kepentingan sebagaimana difikirkan patut oleh mahkamah, pada pembeli atau pemegang gadaian atau pada mana-mana orang lain.

64 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

Perintah meletak hak yang berbangkit daripada penghakiman bagi pelaksanaan spesifik, dsb.