Skip to content

Seksyen 54

Kuasa melantik orang untuk memindah hak

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 54 of 69
Seksyen 54

Dalam semua hal yang suatu perintah meletak hak boleh dibuat di bawah mana-mana peruntukan tersebut di atas, Mahkamah boleh, jika didapati lebih mudah, melantik seseorang untuk memindahhakkan tanah itu atau mana-mana kepentingan mengenainya atau melepaskan hak kontingennya, dan sesuatu pemindahakkan atau pelepasan oleh orang tersebut menurut perintah itu hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti suatu perintah di bawah peruntukan yang berkenaan.