Skip to content

Seksyen 53

Kesan perintah meletak hak

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 53 of 69
Seksyen 53

Tertakluk kepada pematuhan wajar kehendak undang-undang yang berhubungan dengan pendaftaran kepentingan pada tanah sesuatu perintah meletak hak di bawah mana-mana peruntukan tersebut di atas hendaklah, mengenai perintah meletak hak yang berbangkit daripada pelantikan pemegang amanah, mempunyai kesan yang sama─

Pemegang Amanah 65

(a)

seolah-olah orang yang menjadi pemegang amanah, jika ada, sebelum pelantikan itu telah melaksanakan dengan wajar kesemua pemindahhakkan yang sepatutnya mengenai tanah itu mengikut apa-apa kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah; atau

(b)

jika tidak ada orang yang sedemikian, atau tidak ada orang yang berkeupayaan penuh, seolah-olah orang itu pernah wujud dan berkeupayaan penuh dan telah melaksanakan dengan wajarnya kesemua pemindahhakkan yang sepatutnya mengenai tanah itu bagi apa-apa kepentingan sebagaimana diarahkan oleh Mahkamah, dan hendaklah dalam tiap-tiap hal lain mempunyai kesan yang sama seolah-olah pemegang amanah atau orang-orang lain atau golongan atau kumpulan orang yang hak atau hak jangkaannya yang dimaksudkan oleh peruntukan-peruntukan itu masing-masing adalah orang yang telah ditentukan dan wujud dengan berkeupayaan penuh, dan telah melakukan suatu pemindahakkan atau pelepasan dengan kesan yang dimaksudkan oleh perintah itu.