Seksyen 61
Kuasa memberi penghakiman dalam masa ketidakhadiran pemegang amanah
Jika dalam sesuatu tindakan Mahkamah berpuas hati bahawa carian yang bersungguh-sungguh telah dibuat untuk mendapatkan mana-mana orang yang, atas sifatnya sebagai pemegang amanah, dijadikan defendan dalam sesuatu tindakan, untuk menyampaikan kepadanya suatu proses Mahkamah, dan orang itu tidak dapat dijumpai, Mahkamah boleh membicara dan memutuskan tindakan itu serta memberi penghakiman mengenainya terhadap orang itu atas sifatnya sebagai pemegang amanah seolah-olah proses Mahkamah itu telah disampaikan kepadanya dengan wajar, atau dia telah memasukkan kehadirannya pada tindakan itu, dan juga telah diwakili oleh peguamnya di perbicaraan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa kepentingan yang ada padanya mengenai perkara-perkara yang menjadi soal dalam tindakan itu atas mana-mana sifat lain.
Pemegang Amanah 73