Seksyen 65
Pembayaran ke dalam Mahkamah oleh pemegang amanah
Pemegang amanah, atau majoriti daripada mereka, yang mempunyai dalam tangan mereka atau di bawah jagaan mereka wang atau sekuriti kepunyaan sesuatu amanah, boleh membayar wang atau sekuriti itu ke dalam Mahkamah; dan wang atau sekuriti itu hendaklah, tertakluk kepada undang-undang berhubungan dengan prosedur sivil dan kaedah-kaedah
Mahkamah, diuruskan menurut perintah
Mahkamah itu.
(2)
Resit atau perakuan pegawai yang berkenaan hendaklah menjadi suatu pelepasan yang memadai bagi pemegang amanah mengenai wang atau sekuriti yang dibayar sedemikian ke dalam
Mahkamah.
(3)
Jika wang atau sekuriti diletak hak pada mana-mana orang sebagai pemegang-pemegang amanah, dan majoritinya berhasrat hendak membayar wang atau sekuriti itu ke dalam Mahkamah, tetapi persetujuan pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah lain tidak dapat diperoleh, Mahkamah boleh memerintahkan supaya pembayaran ke dalam Mahkamah itu dibuat oleh majoriti tanpa persetujuan pemegang amanah atau pemegang-pemegang amanah lain itu.
(4)
Jika mana-mana wang atau sekuriti sedemikian didepositkan dengan mana-mana jurubank, broker, atau penerima deposit,
Mahkamah boleh mengarahkan supaya wang atau sekuriti itu dibayar atau diserahkan kepada majoriti pemegang amanah itu bagi maksud pembayaran ke dalam Mahkamah.
Pemegang Amanah 75
(5)
Tiap-tiap pemindahan, pembayaran atau penyerahan yang dibuat menurut sesuatu perintah sedemikian adalah sah dan berkuat kuasa seolah-olah ia telah dibuat dengan kuasa atau dengan perbuatan orang-orang yang berhak mendapat wang atau sekuriti yang dipindah, dibayar, atau diserahkan itu.