/akn/my/act/act/1992/482

*AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1992
Last amended
2018
Sections
53
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 is Malaysia Act, cited as Act 482 1992, currently marked in force and first recorded in 1992.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan dan pengawalseliaan pengusahaan pelancongan dan mengenai perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya. [1 Mei 1992, P.U. (B) 199/1992] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Tafsiran

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu institusi, pusat pengajian atau sekolah yang menyediakan latihan atau kursus berkenaan dengan perkhidmatan dan pengurusan pelancongan, termasuk perkhidmatan hotel dan katering; dan

Suggest a correction

(b)

telah dinamakan oleh Menteri di bawah seksyen 3 sebagai suatu institusi latihan pelancongan;

“kenderaan persiaran” ertinya kenderaan yang digunakan secara eksklusif untuk membawa pelancong dan sebagai balasan kepada satu pembayaran yang tiada peringkat tambang;

“Ketua Setiausaha” ertinya Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

“Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia” ertinya Lembaga

Penggalakan Pelancongan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992

[Akta 481];

“lesen” ertinya lesen yang diberikan di bawah Akta ini;

“melancong” termasuklah berdarmawisata, bersiar-siar, membeli-belah, melawat ke tempat menarik atau hiburan, dan aktiviti lain yang biasanya dilakukan oleh seseorang pelancong;

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;

“orang” termasuklah kumpulan orang, diperbadankan atau tidak diperbadankan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya pegawai yang diberi kuasa oleh

Menteri di bawah seksyen 40;

Industri Pelancongan 9

“pelancong” ertinya mana-mana orang, sama ada dia ialah seorang warganegara Malaysia atau selainnya, yang melawat mana-mana tempat di dalam Malaysia untuk apa-apa maksud yang berikut, iaitu—

Suggest a correction

(g)

mesyuarat, persidangan, seminar atau konvensyen;

Suggest a correction

(i)

apa-apa maksud lain yang tidak berkaitan dengan suatu pekerjaan yang mendapat saraan daripada tempat dilawati itu;

“pelancongan dalam negeri” ertinya pelancongan ke atau di

Malaysia atau mana-mana tempat di dalam Malaysia;

“pelancongan ke luar negeri” ertinya pelancongan ke atau di mana-mana tempat di luar Malaysia;

“pemandu pelancong”

ertinya orang yang memberikan perkhidmatan kepada pelancong atau mana-mana orang lain dengan memandu mereka demi bayaran apabila melancong;

“pemandu pelancong berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 24(1) untuk bertindak sebagai seorang pemandu pelancong;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

“pengendali pelancongan berlesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1) untuk menjalankan atau mengendalikan suatu perniagaan pengendalian pelancongan;

“pengusahaan pelancongan” ertinya—

Suggest a correction

(e)

mana-mana perniagaan yang menyediakan institusi latihan pelancongan;

“pengusahaan pelancongan berlesen”

ertinya mana-mana pengusahaan pelancongan yang dilesenkan di bawah subseksyen 7(1);

“perniagaan agensi pengembaraan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:

Suggest a correction

(a)

menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tiket yang melayakkan seseorang untuk membuat pengembaraan dengan menggunakan apa-apa pengangkutan sama ada melalui darat, laut atau udara;

Suggest a correction

(b)

menjual, mengatur atau mengadakan untuk komisen, tempat penginapan di dalam Malaysia atau di luar Malaysia;

Suggest a correction

(c)

apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas;

“perniagaan pengendalian pelancongan” ertinya mana-mana perniagaan yang menyediakan semua atau mana-mana daripada perkhidmatan yang berikut:

Industri Pelancongan 11

Suggest a correction

(a)

mengatur untuk jualan atau komisen apa-apa perkhidmatan pengangkutan, penginapan, pelancongan atau apa-apa perkhidmatan bersampingan yang lain bagi pelancong di dalam atau di luar Malaysia;

Suggest a correction

(b)

mengelolakan atau menjalankan untuk jualan atau komisen pelancongan dalam atau ke luar negeri;

Suggest a correction

(c)

menyediakan pengangkutan untuk disewa kepada pelancong;

Suggest a correction

(d)

apa-apa perkhidmatan lain yang bersampingan dengan mana-mana perkhidmatan yang disenaraikan di atas;

“Pesuruhjaya” ertinya Pesuruhjaya Pelancongan yang dilantik di bawah seksyen 4;

“premis penginapan” ertinya mana-mana bangunan, termasuk asrama, hotel, rumah inapan, rumah tumpangan, rumah rehat, rumah pemalaman, dan struktur lain sama ada kekal atau sementara, yang dikemukakan oleh tuan punya, pemunya atau pengurusnya, sama ada keseluruhan atau sebahagiannya, sebagai menawarkan tempat penginapan pemalaman atau tempat tidur kepada pelancong untuk disewa atau dengan balasan apa-apa bentuk ganjaran yang lain, sama ada makanan atau minuman juga disediakan atau tidak;

“premis penginapan pelancong” ertinya mana-mana premis penginapan yang telah didaftarkan oleh Pesuruhjaya di bawah subseksyen 31C(1) sebagai premis penginapan pelancong;

“syarikat” mempunyai erti yang diberikan kepadanya oleh *Akta

Syarikat 2016 [Akta 777].

Suggest a correction

(2)

Apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai “Akta ini” hendaklah, melainkan jika disebutkan dengan nyata selainnya, disifatkan sebagai termasuk sebutan mengenai apa-apa peraturan-peraturan, perintah,

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Syarikat 1965 [Akta 125]–lihat subseksyen 620(1)

Akta 777.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

pemberitahuan atau perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah

Akta ini.

Kuasa untuk menamakan institusi latihan pelancongan

Suggest a correction

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

Menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menamakan mana-mana institusi latihan sebagai institusi latihan pelancongan bagi maksud Akta ini.

Seksyen 4

Pesuruhjaya Pelancongan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh, secara bertulis, mewakilkan penjalanan mana-mana atau segala kuasa dan fungsi yang diberikan kepadanya oleh Akta ini kepada mana-mana pegawai awam sebagaimana yang difikirkannya patut.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

PELESENAN PENGUSAHAAN PELANCONGAN

Suggest a correction

Pengusahaan pelancongan hendaklah dilesenkan

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh menjalankan atau mengendalikan, atau menganjurkan dirinya sebagai menjalankan atau mengendalikan—

(a)

perniagaan pengendalian pelancongan; atau

Industri Pelancongan 13

Suggest a correction

(b)

perniagaan agensi pengembaraan, melainkan jika ia adalah suatu syarikat dan memegang lesen sah yang diberikan di bawah Bahagian ini.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Suggest a correction

(4)

Untuk mengelakkan keraguan, peruntukan *Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] tidaklah terpakai berhubung dengan seseorang yang menjalankan atau mengendalikan suatu institusi latihan pelancongan.

Pengemukaan permohonan untuk lesen kepada Pesuruhjaya

Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang ditetapkan dan Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa selepas menerima permohonan itu dan sebelum permohonan itu ditentukan, secara lisan atau bertulis, menghendaki pemohon memberi apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang didapati perlu oleh Pesuruhjaya untuk menentukan kesesuaian pemohon untuk lesen itu.

Suggest a correction

(3)

Kehendak di bawah subseksyen (2) boleh berbeza antara seorang pemohon dengan pemohon yang lain, atau antara golongan, kategori atau perihalan pemohon yang berlainan.

*CATATAN—Akta ini telah menggantikan Akta Pendidikan 1961 [Akta 43 tahun 1961]–lihat seksyen 155

Akta 550.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Suggest a correction

(4)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam kehendak itu atau apa-apa perlanjutannya yang diberi oleh Pesuruhjaya, permohonan itu hendaklah disifatkan ditarik balik dan tidaklah boleh diteruskan lagi, tanpa menjejaskan permohonan baharu dibuat oleh pemohon.

Pemberian atau keengganan memberi lesen

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap lesen yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan jangka masa lesen sebagaimana yang ditetapkan dan nombor lesen.

Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang telah diberikan lesen di bawah subseksyen (1) boleh memohon untuk lesen tambahan bagi pejabat atau premis cawangan untuk menjalankan atau mengendalikan pengusahaan pelancongan dari jenis yang sama seperti yang dia telah dilesenkan.

Suggest a correction

(4)

Jika Pesuruhjaya enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.

Penggantungan atau pembatalan

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(a)

pengusahaan pelancongan berlesen itu telah gagal mematuhi apa-apa obligasi yang dikenakan ke atasnya oleh atau di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

pengusahaan pelancongan berlesen itu telah melanggar mana-mana syarat yang dikenakan di bawah lesen, mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, tidak kira bahawa tiada pendakwaan telah dibawa bagi sesuatu kesalahan berkenaan dengan pelanggaran sedemikian;

Suggest a correction

(c)

pengusahaan pelancongan berlesen itu telah, sama ada berkaitan dengan permohonan untuk lesen itu atau pada bila-bila masa selepas pemberian lesen, memberi kepada

Pesuruhjaya maklumat, dokumen atau perisytiharan yang palsu, mengelirukan atau tidak tepat yang dibuat oleh atau bagi pihak pengusahaan pelancongan itu atau oleh atau bagi pihak mana-mana orang yang adalah atau yang akan menjadi pengarah, pengawal atau pengurus pengusahaan pelancongan berlesen itu;

Suggest a correction

(d)

pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan perniagaannya mengikut cara yang memudaratkan kepentingan orang awam, industri pelancongan atau ekonomi negara;

Suggest a correction

(e)

pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak berurus niaga dalam apa-apa perniagaan yang berkenaan dengannya ia dilesenkan selama apa-apa tempoh berterusan enam bulan atau telah berhenti menjalankan mana-mana perniagaan atau kendalian yang baginya ia dilesenkan;

Suggest a correction

(f)

pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak mempunyai aset yang mencukupi untuk menjelaskan liabilitinya;

Suggest a correction

(g)

suatu perintah penggulungan telah dibuat terhadap pengusahaan pelancongan berlesen itu atau suatu ketetapan bagi penggulungan sukarelanya telah diluluskan;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Suggest a correction

(h)

pengusahaan pelancongan berlesen itu atau mana-mana pegawainya yang memegang jawatan pengurusan atau eksekutif telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak; atau

Suggest a correction

(i)

pengusahaan pelancongan berlesen itu atau pengarah, pengurus atau pengawalnya telah disabitkan atas mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.

Suggest a correction

(2)

Sebelum menggantung atau membatalkan sesuatu lesen,

Pesuruhjaya hendaklah memberi kepada pengusahaan pelancongan berlesen itu notis bertulis mengenai niatnya untuk berbuat sedemikian dan menghendaki pengusahaan pelancongan berlesen itu menunjukkan sebab dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu mengapa lesen itu tidak patut digantung atau dibatalkan.

Suggest a correction

(3)

Jika Pesuruhjaya memutuskan untuk menggantung atau membatalkan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pengusahaan pelancongan berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya itu.

Suggest a correction

(4)

Penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen hendaklah mula berkuat kuasa—

(a)

jika tiada rayuan dibuat terhadap penggantungan atau pembatalan sedemikian, apabila habisnya tempoh empat belas hari dari tarikh notis penggantungan atau notis pembatalan itu disampaikan kepada pengusahaan pelancongan berlesen itu; atau

Suggest a correction

(b)

jika terdapat rayuan terhadap penggantungan atau pembatalan sedemikian, apabila penggantungan atau pembatalan itu disahkan oleh Menteri.

Suggest a correction
Suggest a correction

(5)

Jika suatu rayuan telah dibuat terhadap penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen, pengusahaan pelancongan berlesen yang lesennya digantung atau dibatalkan sedemikian tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu sehinggalah rayuan itu

Industri Pelancongan 17

dibereskan dan penggantungan atau pembatalan itu telah diketepikan oleh Menteri.

Suggest a correction

(6)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Suggest a correction

(7)

Jika penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen telah mula berkuat kuasa, Pesuruhjaya hendaklah, dengan secepat yang dapat dilaksanakan menyebabkan penggantungan atau pembatalan sedemikian diiklankan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar harian kebangsaan bahasa Malaysia dan Inggeris atau media elektronik, sebagaimana yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya, selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Suggest a correction

(8)

Apa-apa kelewatan atau kegagalan untuk mengiklankan notis penggantungan atau notis pembatalan sedemikian tidaklah dengan apa-apa jua cara menyentuh keesahan penggantungan atau pembatalan itu.

Rayuan

Suggest a correction

Seksyen 9

Industri Pelancongan 15

Open as pageSuggest a correction

(a)

keengganan Pesuruhjaya untuk melesenkan mana-mana pengusahaan pelancongan di bawah seksyen 7 atau untuk memperbaharui mana-mana lesen sedemikian; atau

Suggest a correction

(b)

penggantungan atau pembatalan mana-mana lesen di bawah seksyen 8, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh notis keengganan, penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepada orang itu.

Suggest a correction

(2)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad dan konklusif.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Penyerahan balik lesen

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penyerahan balik itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh

Pesuruhjaya menerima lesen itu dan notis di bawah subseksyen (1), atau jika suatu tarikh yang lebih lewat dinyatakan dalam notis itu, pada tarikh itu.

Suggest a correction

(3)

(Dipotong oleh Akta A1562).

Kesan penggantungan, pembatalan, penyerahan balik atau habisnya tempoh lesen

Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

(1A)

Jika penggantungan sesuatu lesen di bawah seksyen 8 telah mula berkuat kuasa, maka pengusahaan pelancongan berlesen itu tidak boleh mengurusniagakan apa-apa perniagaan baharu dalam tempoh penggantungan itu.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (1A)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh

Industri Pelancongan 19

tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Suggest a correction

(3)

Jika suatu lesen telah dibatalkan di bawah seksyen 8, mana-mana lesen tambahan baginya hendaklah disifatkan terbatal.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu pengusahaan pelancongan berlesen yang lesennya telah habis tempohnya berhak menjalankan perniagaannya seolah-olah lesen itu tidak habis tempoh apabila bukti dikemukakan kepada Pesuruhjaya bahawa pengusahaan pelancongan berlesen itu telah memohon bagi pembaharuan lesen.

Pengembalian lesen

Suggest a correction

Seksyen 12

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen itu dan apa-apa lesen tambahan dan mengemukakannya kepada Pesuruhjaya.

Sekatan ke atas penggunaan perkataan “melancong”, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

Kecuali dengan keizinan bertulis Pesuruhjaya, tiada seorang pun, yang bukannya suatu pengusahaan pelancongan berlesen, boleh memakai atau menggunakan perkataan “pelancongan”, “melancong”,

“pengembaraan”, “agensi pelancong”, “ejen pengembaraan” atau

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

“pengendali pelancongan”, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau apa-apa terbitan daripada perkataan ini dalam apa-apa bahasa, atau apa-apa perkataan lain dalam apa-apa bahasa yang boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan penjalanan atau pengendalian perniagaan sedemikian, berhubung dengan perniagaan atau apa-apa bahagian perniagaan yang dijalankan oleh orang itu, atau membuat apa-apa representasi yang bermaksud sedemikian dalam apa-apa kepala bil, surat, kertas, notis, iklan atau dengan apa-apa jua cara lain.

Bahagian III

BAHAGIAN III

KEHENDAK DAN KEWAJIPAN KE ATAS PENGUSAHAAN

Suggest a correction

PELANCONGAN BERLESEN

Kehendak untuk mempamerkan lesen

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Suatu pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah pada setiap masa mempamerkan lesennya pada suatu tempat yang mudah dilihat di tempat utama perniagaannya di tiap-tiap cawangan di mana pengusahaan pelancongan berlesen itu menjalankan atau mengendalikan perniagaannya.

Kewajipan mengemukakan maklumat dan butir-butir yang berhubungan dengan kendalian perniagaan

Seksyen 15

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila diminta oleh Pesuruhjaya, seorang pengendali pelancongan atau ejen pengembaraan berlesen hendaklah mengemukakan yang berikut kepada Pesuruhjaya:

Industri Pelancongan 21

(a)

jadual perjalanan bagi kedua-dua pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri;

Suggest a correction

(c)

butir-butir terperinci mengenai aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh mereka termasuk caj bagi dan terma serta syarat aktiviti sedemikian;

Suggest a correction

(d)

butir-butir terperinci mengenai apa-apa kontrak yang dibuat oleh mereka dengan mana-mana pengusahaan pelancongan tempatan atau luar negeri yang lain;

Suggest a correction

(e)

nama dan butir-butir mengenai pemandu pelancong berlesen yang diambil kerja oleh mereka sama ada secara sepenuh masa atau secara sambilan; dan

Suggest a correction

(f)

nombor pendaftaran dan butir-butir kenderaan persiaran yang digunakan bagi apa-apa pelancongan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Pelancongan dalam negeri dan pelancongan ke luar negeri serta aktiviti perniagaan lain

Suggest a correction

Seksyen 16

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh tidak membenarkan apa-apa aktiviti perniagaan mana-mana pengendali pelancongan berlesen.

Suggest a correction

(3)

Bagi semua pakej pelancongan ke luar negeri, pengendali pelancongan berlesen hendaklah—

(b)

menyebabkan bayaran deposit dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank dibuat kepada Pesuruhjaya, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana yang diarahkan oleh Pesuruhjaya.

Pemberitahuan mengenai pertukaran maklumat

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 17

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiap-tiap pengusahaan pelancongan berlesen hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya mengenai apa-apa pindaan atau perubahan kepada mana-mana maklumat atau dokumen yang telah diberikan kepada Pesuruhjaya berkenaan dengan lesen.

Kehendak tentang pengiklanan

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

Suatu pengusahaan pelancongan berlesen tidak boleh menyiarkan, sama ada dalam akhbar, brosur atau selainnya, apa-apa iklan atau maklumat yang berhubungan dengan atau berkaitan dengan perniagaan sesuatu pengusahaan pelancongan tanpa memasukkan—

(b)

nama perniagaan yang di bawahnya ia menjalankan perniagaan itu dan alamat di mana perniagaan sedemikian dijalankan; dan

Suggest a correction

(c)

apa-apa butir lain yang berhubungan dengan mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pesuruhjaya.

Pengambilan kerja pemandu pelancong berlesen

Suggest a correction

Seksyen 19

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Penggunaan kenderaan persiaran

Suggest a correction

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

PELESENAN PEMANDU PELANCONG

Suggest a correction

Orang yang memberi perkhidmatan sebagai pemandu pelancong hendaklah dilesenkan

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tujuh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Daftar

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan suatu daftar pemandu pelancong berlesen disimpan dan disenggarakan.

Seksyen 23

Permohonan untuk lesen dan kelayakan pemohon

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tiada seorang pun boleh memohon untuk dilesenkan di bawah

Bahagian ini melainkan jika—

(a)

dia telah menjalani kursus atau latihan dan lulus ujian kecekapan yang diadakan oleh Pesuruhjaya atau mana-mana badan yang diberi kuasa secara bertulis oleh Pesuruhjaya

Industri Pelancongan 25

untuk mengadakan suatu kursus latihan dan ujian kecekapan untuk pemandu pelancong;

Suggest a correction

(b)

dia telah menyempurnakan apa-apa kursus lain yang diiktiraf oleh Pesuruhjaya sebagai setaraf dengan suatu kursus yang disebut dalam perenggan (a); atau

Suggest a correction

(c)

adalah ternyata kepada Pesuruhjaya, dengan mengambil kira sewajarnya akan watak, kelayakan dan pengalaman orang sedemikian, bahawa dia berwibawa untuk menjadi seorang pemandu pelancong.

Pemberian lesen

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 24

Open as pageSuggest a correction

(2)

Pesuruhjaya hendaklah mencatatkan nama tiap-tiap orang yang telah diberi lesen di bawah subseksyen (1) dalam daftar dan mengeluarkan kepada orang itu suatu kad pemberian kuasa dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang ditetapkan.

Suggest a correction

(3)

Pesuruhjaya boleh enggan memberi lesen kepada mana-mana orang tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

Suggest a correction

(4)

Jika Pesuruhjaya enggan memberikan lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemohon secara bertulis mengenai keengganannya itu.

Kesahan lesen

Suggest a correction

Seksyen 25

Open as pageSuggest a correction

Suatu lesen yang diberikan oleh Pesuruhjaya di bawah Bahagian ini hendaklah, melainkan jika dibatalkan terdahulu, sah selama tempoh tidak melebihi tiga tahun dari tarikh lesen itu diberikan.

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Seksyen 26

Kad pemberian kuasa

Open as pageSuggest a correction

(a)

hendaklah dipakai dengan terang bilamana pemandu pelancong berlesen itu sedang bertugas, menjalankan pelancongan atau apabila dia menghadiri apa-apa kursus sebagaimana yang dikehendaki di bawah seksyen 27;

Suggest a correction

(b)

tidak boleh dipakai oleh mana-mana orang selain orang yang kepadanya kad pemberian kuasa itu dikeluarkan.

Suggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Kewajipan yang dikenakan ke atas pemandu pelancong berlesen

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(2)

Suatu bentuk pakaian yang standard sebagaimana yang ditetapkan hendaklah dipakai oleh tiap-tiap pemandu pelancong berlesen apabila sedang bertugas atau menjalankan pelancongan.

Suggest a correction

(3)

Seorang pemandu pelancong berlesen hendaklah mematuhi suatu kod etika yang standard sebagaimana yang ditetapkan.

Penggantungan atau pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

(a)

telah membuat apa-apa salah nyataan atau telah tidak menzahirkan apa-apa fakta pada masa dia memohon untuk

Industri Pelancongan 27

lesen, dan salah nyataan atau pembuatan tidak menzahirkan itu berkemungkinan telah mempengaruhi Pesuruhjaya untuk melesenkannya menurut seksyen 24;

Suggest a correction

(b)

telah tidak hadir atau menyempurnakan dengan jayanya apa-apa kursus latihan lanjutan atau lulus apa-apa ujian kecekapan lanjutan sebagaimana yang dikehendaki;

Suggest a correction

(c)

telah tidak memakai kad pemberian kuasa atau telah membenarkan mana-mana orang lain memakai kad pemberian kuasa itu berlanggaran dengan seksyen 26;

Suggest a correction

(d)

telah bertindak berlanggaran dengan peruntukan Akta ini;

Suggest a correction

(e)

telah melanggar mana-mana syarat lesennya yang dikenakan di bawah subseksyen 24(1) atau kod etika yang disebut dalam subseksyen 27(3);

Suggest a correction

(f)

adalah, pada pendapat Pesuruhjaya, tidak berupaya oleh sebab sakit atau selainnya untuk bertindak sebagai seorang pemandu pelancong;

Suggest a correction

(g)

telah tidak melaksanakan fungsi seorang pemandu pelancong selama suatu tempoh enam bulan berterusan; atau

Suggest a correction

(h)

telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan kecurangan, fraud atau keburukan akhlak, maka Pesuruhjaya boleh menggantungkan lesen yang diberikan di bawah seksyen 24 dan menarik balik kad pemberian kuasa selama apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan atau membatalkan lesen itu dan memotong nama pemandu pelancong berlesen itu daripada daftar atau, jika lesen itu telah habis tempohnya, enggan memperbaharui lesen itu:

Dengan syarat bahawa Pesuruhjaya tidaklah boleh menggantung, membatal atau enggan memperbaharui lesen pemandu pelancong berlesen itu dalam mana-mana hal keadaan yang tersebut dalam

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

perenggan (a) hingga (g) tanpa terlebih dahulu memberi pemandu pelancong berkenaan suatu peluang untuk didengar.

Suggest a correction

(2)

Jika Pesuruhjaya menggantung, membatal atau enggan memperbaharui lesen, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu pemandu pelancong berkenaan secara bertulis mengenai keputusannya.

Kesan penggantungan atau pembatalan lesen

Suggest a correction

Seksyen 29

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pemandu pelancong berlesen yang lesennya telah dibatalkan hendaklah dengan serta-merta berhenti bertindak sebagai seorang pemandu pelancong dalam apa-apa jua hal keadaan.

Suggest a correction

(3)

Tiap-tiap pemandu pelancong berlesen yang lesennya tidak diperbaharui atau telah dibatalkan menurut seksyen 28 hendaklah mengembalikan lesen dan kad pemberian kuasa kepada Pesuruhjaya, tertakluk kepada seksyen 30, tidak lewat daripada empat belas hari dari tarikh notis keengganan memperbaharui atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tujuh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Hak untuk merayu

Suggest a correction

Seksyen 30

Open as pageSuggest a correction

(a)

dengan keengganan Pesuruhjaya untuk memperbaharui lesennya; atau

Suggest a correction

(b)

dengan penggantungan atau pembatalan lesennya di bawah seksyen 28, boleh merayu secara bertulis kepada Menteri dalam masa empat belas hari dari tarikh notis keengganan memperbaharui, penggantungan atau pembatalan itu disampaikan kepadanya.

Suggest a correction

(2)

Keputusan Menteri adalah muktamad dan konklusif.

Suggest a correction

(3)

Jika Menteri mengesahkan keputusan Pesuruhjaya, pemandu pelancong berlesen itu hendaklah, dalam masa tujuh hari dari tarikh pengesahan itu, mengembalikan lesen dan kad pemberian kuasa itu kepada Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan mahkamah hendaklah memegang simpan lesen dan kad pemberian kuasa itu dan mengemukakannya kepada Pesuruhjaya.

Penyerahan balik lesen dan kad pemberian kuasa

Suggest a correction

Seksyen 31

Industri Pelancongan 29

Open as pageSuggest a correction

Seorang pemandu pelancong berlesen boleh menyerahkan balik lesennya dengan mengemukakan lesen dan kad pemberian kuasanya kepada Pesuruhjaya bersama dengan suatu notis bertulis mengenai penyerahan balik itu dan penyerahan balik itu hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh Pesuruhjaya menerima lesen dan kad pemberian kuasa itu.

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

BAHAGIAN IVA

PENDAFTARAN PREMIS PENGINAPAN

Seksyen 31A

Premis penginapan hendaklah didaftarkan

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang menjalankan atau mengendalikan premis penginapan hendaklah memohon kepada Pesuruhjaya untuk pendaftaran premis itu sebagai premis penginapan pelancong.

Seksyen 31B

Permohonan untuk pendaftaran sebagai premis penginapan pelancong

Open as pageSuggest a correction

(a)

dibuat kepada Pesuruhjaya mengikut cara yang ditetapkan;

Suggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh, pada bila-bila masa selepas menerima sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1), menghendaki, secara lisan atau bertulis, pemohon mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan.

Suggest a correction

(3)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah subseksyen (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang ditetapkan dalam kehendak itu, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak boleh diteruskan selanjutnya, tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat permohonan yang baharu.

Kuasa Pesuruhjaya untuk menentukan pendaftaran

Suggest a correction

Seksyen 31C

Open as pageSuggest a correction

(b)

kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan atau ditawarkan kepada pelancong;

Suggest a correction

(c)

bilangan dan pengalaman kakitangan yang diambil bekerja atau akan diambil bekerja di premis penginapan itu; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa faktor lain sebagaimana yang difikirkan patut oleh

Pesuruhjaya.

Suggest a correction

(2)

Pesuruhjaya boleh menghendaki premis penginapan seseorang pemohon itu diperiksa.

Suggest a correction

(3)

Jika Pesuruhjaya berpuas hati tentang kesesuaian premis penginapan itu, Pesuruhjaya hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mendaftarkan premis penginapan itu sebagai premis penginapan pelancong.

Daftar

Suggest a correction

Seksyen 31D

Industri Pelancongan 31

Open as pageSuggest a correction

Pesuruhjaya hendaklah menyimpan dan menyenggarakan suatu daftar dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa maklumat sebagaimana yang ditetapkan, berkenaan dengan semua premis penginapan pelancong yang didaftarkan.

Bahagian V

BAHAGIAN V

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Fi yang ditetapkan hendaklah dibayar apabila permohonan itu diluluskan.

Suggest a correction

(4)

Tanpa menjejaskan apa-apa alasan lain, Pesuruhjaya boleh enggan memperbaharui sesuatu lesen jika kehendak subseksyen (1)

tidak dipatuhi.

Suggest a correction

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Lesen yang hilang

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Jika seorang pemandu pelancong berlesen telah hilang lesen atau kad pemberian kuasanya, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu.

Suggest a correction

(3)

Pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen itu hendaklah mengemukakan suatu permohonan untuk lesen atau kad pemberian kuasa gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan disertakan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya bersama dengan fi yang ditetapkan yang boleh dikenakan.

Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi mana-mana daripada maksud atau perkara yang berikut:

(a)

penetapan dokumen dan maklumat yang menyertai apa-apa permohonan untuk lesen;

Suggest a correction

(b)

jangka masa dan syarat lesen, dan cara serta tatacara bagi pembaharuannya;

Suggest a correction

(c)

fi yang kena dibayar bagi apa-apa lesen dan apa-apa fi lain yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini;

(ca) pembelian polisi insurans, oleh pengendali pelancongan berlesen, atau pembuatan deposit dalam bentuk wang tunai atau jaminan bank kepada Pesuruhjaya;

Suggest a correction

(e)

penyimpanan buku, akaun dan rekod sewajarnya oleh pengusahaan pelancongan berlesen dan bentuk serta caranya;

Suggest a correction

(f)

pengawalseliaan penubuhan dan pengurusan institusi latihan pelancongan, termasuk penetapan kandungan kursus dan program latihan, buku atau bahan yang hendak digunakan, standard yang kena dipatuhi oleh institusi itu, pemberian permit oleh Pesuruhjaya bagi pensyarah dan pengajar, kelayakan pensyarah dan pengajar, peperiksaan yang akan diadakan dan perakuan atau apa-apa kelayakan lain yang akan diberikan;

Suggest a correction

(g)

kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara bagi mengkompaun kesalahan sedemikian;

Suggest a correction

(h)

bentuk daftar, notis atau perintah yang dikehendaki disimpan, dikeluarkan atau dibuat di bawah Akta ini dan tatacara bagi penyampaian notis atau perintah sedemikian;

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

(ha) untuk mengadakan peruntukan bagi pengelasan dan pengelasan semula premis penginapan pelancong dan penggredan premis itu oleh Pesuruhjaya;

Suggest a correction

(i)

perlakuan atau penjalanan mana-mana perniagaan atau perkhidmatan yang berhubungan dengan pengusahaan pelancongan atau pemandu pelancong dan standard prestasi yang hendaklah disenggarakan oleh mereka dan pemberian pengecualian oleh

Pesuruhjaya kepada mana-mana pengusahaan pelancongan atau pemandu pelancong daripada apa-apa kehendak yang dikenakan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah perenggan ini; dan

Suggest a correction

(j)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh Akta ini untuk ditetapkan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan itu.

Obligasi Kerahsiaan

Suggest a correction

Seksyen 35

Industri Pelancongan 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Industri Pelancongan 35

Perisytiharan tidak tepat, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 36

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang membuat, secara lisan atau bertulis, menandatangani atau memberi apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan atau dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki oleh

Akta ini yang tidak betul, tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butir melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 37

Penalti am

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana orang yang tidak mematuhi atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini yang tiada penalti khusus diperuntukkan secara nyata baginya melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, boleh, sebagai tambahan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Tanggungan pengarah, dsb.

Seksyen 38

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana orang yang berkemungkinan akan didapati bersalah atas sesuatu kesalahan sekiranya dia sendiri yang telah melakukan atau

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

tidak melakukan sesuatu perkara melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau tidak dilakukan oleh pegawai, ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan perniagaannya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah munasabah untuk menghalang perlakuan atau peninggalan untuk melakukan perkara sedemikian.

Suggest a correction

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh melepaskan mana-mana pegawai, ejen atau pekhidmat sedemikian daripada apa-apa tanggungan untuk kesalahan.

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

Suggest a correction

Seksyen 39

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan, atau dalam apa-apa tempoh masa yang lebih lanjut yang diberikan oleh

Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.

Industri Pelancongan 37

Pegawai diberi kuasa

Suggest a correction

Seksyen 40

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai sedemikian hendaklah disifatkan sebagai seorang pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan

[Akta 574].

Suggest a correction

(3)

Dalam menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah

Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak, kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.

Kuasa untuk menyiasat

Suggest a correction

Seksyen 41

Open as pageSuggest a correction

Dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, mana-mana pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan boleh menjalankan segala atau mana-mana daripada kuasa khas berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap yang dibenarkan oleh Kanun Tatacara Jenayah

[Akta 593].

Seksyen 42

Kuasa untuk memeriksa saksi

Open as pageSuggest a correction

(2)

Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai sedemikian yang berhubungan dengan kes itu:

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti pelucuthakan.

Suggest a correction

(3)

Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan.

Suggest a correction

(4)

Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terdahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).

Suggest a correction

(5)

Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana perlu, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibujarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan dalam bentuk tulisan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang digunakannya semasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.

Kebolehterimaan pernyataan

Suggest a correction

Seksyen 43

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, jika seseorang dipertuduh dengan suatu kesalahan di bawah Akta ini, apa-apa pernyataan, sama ada pernyataan itu menjadi suatu pengakuan salah atau tidak atau sama ada ia berbentuk lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sama ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sama ada dalam perjalanan penyiasatan di bawah Akta ini atau tidak dan sama ada atau tidak pada keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran pegawai diberi kuasa dan sama ada atau tidak diterjemahkan kepadanya oleh seorang pegawai diberi kuasa atau mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam kes itu, hendaklah menjadi boleh terima di perbicaraannya sebagai keterangan dan, jika orang itu mengemukakan dirinya sebagai

Industri Pelancongan 39

saksi, apa-apa pernyataan sedemikian boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebolehpercayaannya:

(a)

tiada pernyataan sedemikian boleh menjadi boleh terima atau digunakan seperti yang disebut terdahulu—

Suggest a correction

(i)

jika ternyata kepada mahkamah bahawa pembuatan pernyataan itu telah disebabkan oleh apa-apa dorongan, ancaman atau janji yang mempunyai kaitan dengan pertuduhan terhadap orang itu yang datangnya daripada orang yang mempunyai kuasa dan mencukupi pada pendapat mahkamah untuk memberi kepada orang yang dipertuduh itu alasan yang ternyata kepadanya munasabah bagi menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu dia akan memperoleh apa-apa keburukan keduniaan yang mempunyai kaitan dengan prosiding terhadapnya itu; atau

(ii)

dalam hal suatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas penangkapannya, melainkan jika mahkamah berpuas hati bahawa dia telah diberi amaran dalam perkataan yang berikut atau perkataan yang bermaksud sedemikian:

“Adalah menjadi kewajipan saya untuk memberi amaran kepada anda bahawa anda tidak diwajibkan untuk berkata apa-apa jua pun atau untuk menjawab apa-apa soalan tetapi apa-apa jua yang anda katakan, sama ada sebagai jawapan kepada sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan.”; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang sebelum ada masa untuk memberi amaran kepadanya tidaklah menjadi tidak boleh terima sebagai keterangan semata-mata oleh sebab dia tidak diberi amaran jika dia diberi amaran dengan seberapa segera yang mungkin.

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Penggeledahan dengan waran

Suggest a correction

Seksyen 44

Dengan syarat bahawa—

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana pegawai sedemikian boleh jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam mana-mana premis atau tempat, dan memasuki ke dalam premis atau tempat itu;

Suggest a correction

(b)

dengan kekerasan, memasuki premis atau tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

Suggest a correction

(c)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk menguatkuasakannya;

Suggest a correction

(d)

menahan tiap-tiap orang yang didapati dalam premis atau tempat itu sehinggalah premis atau tempat itu telah digeledah; dan

Suggest a correction

(e)

jika premis atau tempat itu digunakan bagi penjalanan atau pengendalian suatu pengusahaan pelancongan tanpa lesen, melakkan premis atau tempat itu.

Industri Pelancongan 41

Penggeledahan tanpa waran

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 45

Open as pageSuggest a correction

Bilamana ternyata kepada mana-mana pegawai diberi kuasa bahawa terdapat sebab yang munasabah bagi mempercayai apa-apa buku, akaun atau dokumen lain yang disyaki mengandungi maklumat tentang perlakuan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu disembunyikan atau disimpan dalam mana-mana premis atau tempat dan jika dia mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan waran geledah buku, akaun, dokumen atau benda lain itu berkemungkinan dialihkan, maka pegawai itu boleh menjalankan dalam, pada atau berkenaan dengan premis atau tempat itu segala kuasa yang tersebut dalam seksyen 44 mengikut cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa berbuat demikian oleh waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.

Seksyen 46

Senarai benda yang disita

Open as pageSuggest a correction

(2)

Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai suatu pernyataan, pengakuan atau pengakuan salah yang dibuat oleh penghuni itu atau ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan penyiasatan itu dan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.

Kuasa tambahan

Suggest a correction

Seksyen 47

Open as pageSuggest a correction

Mana-mana pegawai diberi kuasa hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan segala atau mana-mana daripada yang berikut:

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

(a)

menghendaki pengemukaan rekod, akaun dan dokumen yang disimpan oleh suatu pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen dan untuk meneliti, memeriksa dan menyalin mana-mana rekod, akaun atau dokumen itu;

Suggest a correction

(b)

menghendaki pengemukaan apa-apa dokumen pengenalan daripada mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana hal atau kesalahan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

membuat apa-apa siasatan yang perlu untuk menentukan sama ada peruntukan Akta ini dipatuhi.

Halangan penggeledahan, dsb.

Suggest a correction

Seksyen 48

Mana-mana orang yang—

Open as pageSuggest a correction

(a)

menyerang, menghalang, menggalang atau melengahkan mana-mana pegawai diberi kuasa dalam menguatkuasakan apa-apa kemasukan yang berhak dibuatnya di bawah Akta ini, atau pada melaksanakan mana-mana kewajipan yang dikenakan atau kuasa yang diberikan oleh Akta ini;

Suggest a correction

(b)

memecahkan apa-apa lak yang telah dipasang pada mana-mana premis atau tempat oleh seorang pegawai diberi kuasa;

Suggest a correction

(c)

tidak mematuhi apa-apa tuntutan sah yang dibuat oleh seorang pegawai diberi kuasa pada melaksanakan kewajipannya di bawah Akta ini; atau

Suggest a correction

(d)

enggan atau abai memberi apa-apa maklumat yang dikehendaki dengan semunasabahnya daripadanya dan yang ada dalam kuasanya untuk memberi, melakukan suatu kesalahan.

Industri Pelancongan 43

Pendakwaan

Suggest a correction

Seksyen 49

Tiada pendakwaan berkenaan dengan suatu kesalahan di bawah

Open as pageSuggest a correction

Akta ini boleh dimulakan kecuali oleh, atau dengan keizinan bertulis,

Pendakwa Raya.

44

Akta 482

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1037

Akta Industri Pelancongan

(Pindaan) 1998 01-12-1998

Akta A1153

Akta Industri Pelancongan

(Pindaan) 2002 01-04-2003

Akta A1562

Akta Industri Pelancongan

(Pindaan) 2018 01-01-2019

45

Akta 482

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1153 01-04-2003

Akta A1562 01-01-2019

3

Akta A1153 01-04-2003

5

Akta A1153 01-04-2003

Akta A1562 01-01-2019

8

Akta A1562 01-01-2019

9

Akta A1562 01-01-2019

10

Akta A1562 01-01-2019

11

Akta A1562 01-01-2019

15

Akta A1562 01-01-2019

16

Akta A1037 01-12-1998

25

Akta A1037 01-12-1998

31A–31D

Akta A1153 01-04-2003

32

Akta A1562 01-01-2019

34

Akta A1037 01-12-1998

Akta A1153 01-04-2003

Akta A1562 01-01-2019

37

39

Akta A1562

Akta A1562 01-01-2019

01-01-2019

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

40

Akta A1037 01-12-1998 49

Akta A1562 01-01-2019

Common questions

What is AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992?
*AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 is Malaysia Act, cited as Act 482 1992, currently marked in force and first recorded in 1992.
Is AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 still in force?
Yes — AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 is currently in force.
When did AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 take effect?
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 was first recorded in 1992.
How many sections does AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 have?
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 contains 53 sections.
What amends AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992?
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 has been amended by AKTA INDUSTRI PELANCONGAN (PINDAAN) 2018.
Where can I read the official version of AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992?
The official text of AKTA INDUSTRI PELANCONGAN 1992 is published at lom.agc.gov.my.