/akn/my/act/act/1997/566

*AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Type
Act
Status
In force
Enacted
1997
Sections
65
Languages
MS · EN

Quick answer

About this act

*AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 is Malaysia Act, cited as Act 566 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Suatu Akta untuk menubuhkan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, untuk memperbadankan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubungan dengannya. [1 Julai 1997; P.U.(B) 255/1997] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

Bahagian I

BAHAGIAN I

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

Open as pageSuggest a correction

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

“deposit” ertinya deposit yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen 11;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya―

(a)

sesuatu institusi pengajian yang menyediakan pendidikan yang membawa kepada penganugerahan diploma, ijazah atau yang setaraf dengan diploma atau ijazah yang ditubuhkan di bawah―

Suggest a correction

(i)

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30];

(ii)

Akta Institut Teknologi MARA 1976 [Akta 173]; dan

Suggest a correction

(iii)

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

[Akta 555];

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

politeknik yang ditubuhkan dan disenggarakan oleh Menteri di bawah Akta Pendidikan 1996 [Akta 550]; dan

Suggest a correction

(c)

mana-mana institusi pendidikan tinggi lain yang ditubuhkan di bawah Akta Pendidikan 1996 dan yang ditentukan oleh

Menteri sebagai suatu institusi pendidikan tinggi bagi maksud

Akta ini.

“jawatankuasa” ertinya jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 17;

“Ketua Eksekutif” ertinya pegawai eksekutif utama Perbadanan yang dilantik di bawah seksyen 33;

“Kumpulan Wang” ertinya Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;

“Lembaga” ertinya Lembaga Pengurusan yang ditubuhkan di bawah seksyen 7;

“Lembaga Hasil Dalam Negeri” ertinya Lembaga Hasil Dalam

Negeri Malaysia yang ditubuhkan di bawah sekyen 3 Akta Lembaga

Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 [Akta 533];

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 9

“Menteri”

ertinya

Menteri yang bertanggungjawab bagi

Pengajian Tinggi;

“pelajar” ertinya seseorang yang menerima apa-apa jenis pendidikan, pengajaran atau latihan sepenuh masa atau separuh masa daripada atau di sesuatu institusi pendidikan tinggi;

“pelajar penerima” ertinya seseorang pelajar yang kepadanya telah diluluskan, dan yang menerima, suatu pinjaman pendidikan di bawah Akta ini;

“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 7(2)(a);

“Perbadanan” ertinya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi

Nasional yang ditubuhkan di bawah seksyen 5;

“pinjaman pendidikan” ertinya pinjaman yang diluluskan dan dibayar oleh Perbadanan kepada pelajar di bawah Akta ini.

Suggest a correction

Bahagian II

BAHAGIAN II

TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL

Suggest a correction

Penubuhan Kumpulan Wang

Seksyen 3

Open as pageSuggest a correction

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada―

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan dari semasa ke semasa oleh Kerajaan bagi maksud Akta ini;

Suggest a correction

(b)

segala pemberian, derma, hadiah, sumbangan dan bekues yang diberikan kepada atau bagi faedah Perbadanan;

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

Suggest a correction

(c)

deposit yang diterima oleh Perbadanan di bawah seksyen 11;

Suggest a correction

(d)

wang yang diperoleh melalui pengendalian apa-apa projek, agensi, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(e)

fi atau caj lain yang dikenakan oleh Perbadanan di bawah

Akta ini;

Suggest a correction

(f)

apa-apa wang sebagaimana yang boleh dibayar dari semasa ke semasa kepada Perbadanan daripada apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan yang diberikan oleh

Perbadanan, dan segala wang yang dari semasa ke semasa kena dibayar kepada Perbadanan berkenaan dengan pembayaran balik apa-apa pembiayaan atau bantuan kewangan, termasuk pinjaman pendidikan, yang diberikan daripada Kumpulan Wang;

Suggest a correction

(g)

wang yang dipinjam oleh Perbadanan di bawah seksyen 14;

Suggest a correction

(h)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak oleh Perbadanan;

Suggest a correction

(i)

wang yang didapati atau berbangkit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, pajakan, sewaan, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau terletak hak pada

Perbadanan;

Suggest a correction

(j)

semua wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada

Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi-fungsi, kuasa-kuasa atau kewajipan-kewajipannya; dan

Suggest a correction

(k)

semua wang lain yang diterima secara sah oleh

Perbadanan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 11

Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada

Kumpulan Wang

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 4

Kumpulan Wang boleh dibelanjakan bagi maksud―

Open as pageSuggest a correction

(a)

memberikan pinjaman pendidikan kepada pelajar bagi pembayaran fi, kelengkapan dan bantuan pendidikan, dan perbelanjaan kos kehidupan semasa tempoh pengajian pelajar itu di institusi pendidikan tinggi;

Suggest a correction

(b)

membiayai, atau memberikan bantuan kewangan kepada, pelajar di institusi pendidikan tinggi selain dalam bentuk pinjaman pendidikan;

Suggest a correction

(c)

menubuhkan skim insurans dan skim amanah saham;

Suggest a correction

(d)

membayar balik pinjaman dan apa-apa belanja pasti dan perbelanjaan lain yang dibenarkan oleh Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

belanja pentadbiran termasuk saraan, faedah persaraan, gratuiti dan elaun lain pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

dan

Suggest a correction

(f)

perbelanjaan lain yang bersampingan dengan pengurusan

Kumpulan Wang dan fungsi Perbadanan termasuk apa-apa wang yang diperlukan untuk menunaikan apa-apa penghakiman, keputusan, atau award oleh mana-mana mahkamah atau tribunal terhadap Perbadanan, atau mana-mana anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, kecuaian atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya dalam menjalankan fungsi Perbadanan.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

Suggest a correction

Bahagian III

BAHAGIAN III

PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI

Suggest a correction

NASIONAL

Penubuhan Perbadanan

Seksyen 5

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan adalah kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas namanya.

Suggest a correction

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Perbadanan, atas apa-apa terma yang difikirkan patut, boleh―

(b)

memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih; dan

Suggest a correction

(c)

memindahkan, menyerahakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahakkan semula, memindahmilikkan, atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat apa-apa urusan mengenai―

Suggest a correction

(i)

apa-apa harta alih atau tak alih; dan

(ii)

apa-apa kepentingan mengenai apa-apa harta alih atau tak alih, yang terletak hak pada Perbadanan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 13

Meterai perbadanan

Suggest a correction
Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 6

Open as pageSuggest a correction

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Ketua Eksekutif dan hendaklah disahkan olehnya atau oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh Perbadanan secara bertulis.

Suggest a correction

(3)

Segala surat ikatan, dokumen, dan surat cara lain yang berupa sebagai dimeteraikan dengan meterai perbadanan dan disahkan mengikut subseksyen (2) hendaklah disifatkan telah disempurnakan dengan sah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), apa-apa dokumen atau surat cara yang sekiranya disempurnakan oleh seseorang yang bukan pertubuhan perbadanan tidak akan dikehendaki dimeteraikan boleh dengan cara yang sama disempurnakan oleh Perbadanan, dan apa-apa dokumen atau surat cara sedemikian boleh disempurnakan bagi pihak

Perbadanan oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Perbadanan yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Perbadanan bagi maksud itu.

Suggest a correction

(5)

Meterai perbadanan Perbadanan hendaklah diiktiraf secara rasmi dan kehakiman.

Lembaga Pengurusan

Suggest a correction

Seksyen 7

Open as pageSuggest a correction

(1)

Maka adalah ditubuhkan Lembaga Pengurusan Perbadanan yang hendaklah menjalankan kuasa dan melaksanakan fungsi

Perbadanan.

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:

(c)

Ketua Setiausaha Negara Kementerian Kewangan atau wakilnya;

Suggest a correction

(d)

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi atau wakilnya;

(da) Ketua

Setiausaha

Kementerian

Pelajaran atau wakilnya;

Suggest a correction

(e)

ketua pegawai eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri atau wakilnya;

Suggest a correction

(g)

tidak lebih daripada lima orang anggota yang lain.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pengerusi dan anggota Lembaga di bawah perenggan 2(g)

hendaklah dilantik oleh Menteri.

Suggest a correction

(4)

Pengerusi dan anggota

Lembaga di bawah perenggan (2)(g) hendaklah terdiri daripada kalangan orang yang berjaya, mempunyai kedudukan dan berpengalaman dalam bidang akademik atau daripada kalangan profesional yang mempunyai pengalaman yang relevan dalam hal-hal pendidikan, kewangan atau komersial.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 15

Anggota silih ganti

Suggest a correction

Seksyen 8

Open as pageSuggest a correction

(2)

Apabila menghadiri mesyuarat Lembaga sebagai ganti seseorang anggota, seseorang anggota silih ganti atau wakil seseorang anggota hendaklah bagi segala maksud disifatkan sebagai anggota

Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Seseorang anggota silih ganti boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan satu bulan notis secara bertulis kepada Menteri.

Suggest a correction

(4)

Peruntukan Jadual hendaklah terpakai bagi anggota

Lembaga.

Suggest a correction

Bahagian IV

BAHAGIAN IV

Seksyen 9

Fungsi Perbadanan ialah―

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk mengadakan dan memberikan pinjaman pendidikan dan bantuan kewangan selain pinjaman pendidikan kepada pelajar, dan untuk mengadakan perkhidmatan mentadbir, mengawas dan memungut bayaran balik pinjaman;

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

Suggest a correction

(b)

untuk memungut deposit dan mereka bentuk dan menyediakan skim simpanan bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi; dan

Suggest a correction

(c)

untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada Perbadanan oleh mana-mana undang-undang bertulis.

Kuasa Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 10

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan makna subseksyen (1), kuasa

Perbadanan adalah termasuk kuasa―

(b)

untuk menggunakan semua harta Perbadanan, alih atau tak alih, untuk kepentingan Kumpulan Wang mengikut cara yang difikirkan suai manfaat oleh Perbadanan termasuk memperdapatkan pinjaman dengan menggadai janji harta itu;

Suggest a correction

(c)

untuk terlibat dalam apa-apa aktiviti, sama ada secara sendirian atau bergabung dengan organisasi lain, bagi maksud menyelaras, memperkemas atau merasionalkan pemberian dan pentadbiran pinjaman pendidikan kepada pelajar yang menuntut di institusi pendidikan tinggi;

Suggest a correction

(d)

untuk mengenakan fi atau bayaran pentadbiran bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Perbadanan;

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 17

Suggest a correction

(e)

untuk memberikan pinjaman dan membuat pendahuluan kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan bagi apa-apa maksud yang diluluskan secara khusus oleh Perbadanan;

Suggest a correction

(f)

untuk menyediakan kemudahan rekreasi dan meggalakkan aktiviti rekreasi, dan aktiviti yang sesuai bagi, kebajikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

Suggest a correction

(g)

untuk menyediakan latihan bagi pegawai dan pekhidmat

Perbadanan dan untuk memberikan pinjaman atau selainnya membayar bagi latihan itu; dan

Suggest a correction

(h)

untuk membuat apa-apa jua yang bersampingan dengan mana-mana kuasanya.

Kuasa untuk menerima deposit

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 11

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh menerima deposit daripada seseorang yang berwarganegara Malaysia bagi maksud menyimpan bagi tujuan pendidikan tinggi untuk dirinya sendiri atau mana-mana orang lain.

Seksyen 11A

Jaminan kerajaan

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan termasuk dividen adalah dijamin oleh Kerajaan dan sekiranya Tabung Pendidikan Tinggi Nasional dan Kumpulan Wang

Rizab Perbadanan adalah tidak mencukupi untuk membayar tuntutan yang sah di sisi undang-undang daripada tiap-tiap pendeposit, maka kekurangan itu hendaklah dipertanggungkan pada dan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan dan Menteri hendaklah membuat suatu perakuan mengenai kekurangan itu kepada

Dewan Rakyat dengan seberapa awal yang mungkin.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

Seksyen 12

Peraturan mengenai deposit

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan, dengan kelulusan Menteri Kewangan berhubungan dengan deposit di bawah seksyen 11, boleh membuat peraturan-peraturan mengenai―

(a)

cara dan terma dan syarat yang di bawahnya deposit ke dalam Kumpulan Wang hendaklah dibuat;

Suggest a correction

(b)

peruntukan supaya akaun yang berasingan disimpan bagi setiap pendeposit;

Suggest a correction

(c)

cara dan terma dan syarat di bawahnya pengeluaran hendaklah dibuat daripada apa-apa amaun yang ada pada kredit akaun pendeposit;

Suggest a correction

(d)

keterangan yang hendaklah dikemukakan apabila dibuat apa-apa permohonan bagi pengeluaran; dan

Suggest a correction

(e)

apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pembuatan, dan pengeluaran, deposit.

Kuasa untuk menubuhkan skim insurans dan skim amanah saham

Suggest a correction

Seksyen 13

Open as pageSuggest a correction

(2)

Penubuhan skim insurans atau skim amanah saham dalam subseksyen (1) adalah tertakluk kepada kehendak dan tatacara undang-undang bertulis yang relevan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 19

Kuasa untuk meminjam

Suggest a correction

Seksyen 14

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh meminjam, dari semasa ke semasa, dalam apa-apa bentuk dan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat tentang masa dan kaedah pembayaran balik dan selainnya, sebagaimana yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan

Menteri Kewangan, apa-apa wang yang diperlukan oleh Perbadanan bagi memenuhi mana-mana obligasinya atau bagi melaksanakan mana-mana fungsinya atau menjalankan mana-mana kuasanya.

Seksyen 15

Kuasa untuk melabur

Open as pageSuggest a correction

(2)

Wang dalam Kumpulan Wang dalam subseksyen (1) boleh dilaburkan dalam―

(b)

pelaburan yang dibenarkan oleh atau di bawah Akta

Pemegang Amanah 1949 [Akta 208]; dan

Suggest a correction

(c)

sekuriti atau pelaburan lain yang diluluskan oleh

Menteri Kewangan.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “sekuriti” mempunyai erti yang sama seperti yang diberikan kepada “sekuriti” di bawah seksyen 2

Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280].

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

Kuasa tambahan Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 15A

Perbadanan boleh, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan

Open as pageSuggest a correction

(a)

jika didapati perlu, berfaedah atau sesuai bagi atau berkaitan dengan penunaian fungsi, penjalanan kuasa dan pelaksanaan aktiviti Perbadanan, menyertai penyertaan ekuiti, perkongsian, usaha sama, pengusahaan atau apa-apa bentuk kerjasama atau perkiraan yang lain bersama-sama, atau selainnya, dengan―

Suggest a correction

(i)

sesuatu perusahaan, syarikat, pengusahaan swasta atau sindiket orang yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan di Malaysia atau di tempat lain;

(ii)

Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan

Negeri;

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

menubuhkan atau menganjurkan penubuhan syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125] untuk menjalankan atau melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang telah dirancangkan atau diusahakan oleh Perbadanan.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 21

Jaminan dan idemniti

Suggest a correction

Seksyen 16

Menteri Kewangan―

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan tidak boleh mengeluarkan apa-apa surat jaminan atau idemniti kepada seseorang di bawah Akta ini tanpa kelulusan bertulis Menteri Kewangan.

Seksyen 17

Jawatankuasa

Open as pageSuggest a correction

(2)

Anggota jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1) boleh dilantik daripada kalangan anggota Lembaga atau mana-mana orang lain yang difikirkan patut oleh Lembaga.

Suggest a correction

(3)

Orang-orang yang tidak layak menjadi anggota Lembaga di bawah Jadual adalah juga tidak layak menjadi anggota jawatankuasa.

Suggest a correction

(4)

Anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan selama apa-apa tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan adalah layak untuk dilantik semula.

Suggest a correction

(5)

Anggota jawatankuasa boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis kepada Pengerusi

Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa sebab bagi pembatalan itu.

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

Suggest a correction

(7)

Tertakluk kepada Akta ini dan arahan yang diberikan oleh

Lembaga, sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

Suggest a correction

(8)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

Suggest a correction

(9)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkannya, tetapi orang itu tidak berhak mengundi dalam mesyuarat itu.

Suggest a correction

(10)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan―

(a)

minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

Suggest a correction

(b)

salinan minit kesemua mesyuaratnya dikemukakan kepada Lembaga dengan seberapa segera yang praktik.

Suggest a correction
Suggest a correction

(11)

Anggota jawatankuasa dan mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (9) hendaklah dibayar apa-apa elaun dan perbelanjaan lain yang ditentukan oleh Lembaga, selepas berunding dengan Menteri.

Pewakilan fungsi

Suggest a correction

Seksyen 18

Open as pageSuggest a correction

(2)

Mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan di bawah seksyen ini―

(a)

boleh diwakilkan sedemikian tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang boleh dikenakan oleh

Lembaga sama ada secara am atau secara nyata; dan

Suggest a correction

(b)

hendaklah dijalankan atau dilaksanakan oleh jawatankuasa atas nama dan bagi pihak Lembaga.

Suggest a correction
Suggest a correction

(3)

Pewakilan yang dibuat di bawah seksyen ini tidaklah menghalang

Lembaga sendiri daripada menjalankan atau melaksanakan pada bila-bila masa mana-mana fungsi atau kuasa yang diwakilkan sedemikian.

Kuasa Menteri untuk memberikan arahan

Suggest a correction

Seksyen 19

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Menteri boleh memberikan arahan yang tidak tak konsisten dengan peruntukan Akta ini kepada Lembaga dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(3)

Lembaga hendaklah melaksanakan kesemua arahan yang diberikan di bawah seksyen ini dengan seberapa segera yang boleh.

Suggest a correction

Bahagian V

BAHAGIAN V

PINJAMAN PENDIDIKAN

Suggest a correction

Peruntukan pinjaman pendidikan dalam anggaran tahunan

Seksyen 20

Open as pageSuggest a correction

(2)

Peruntukan pinjaman pendidikan di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang dengan syarat bahawa Perbadanan hendaklah menyimpan dan menyenggara

Kumpulan Wang dalam keadaan berwang pada sepanjang masa.

Pembayaran pinjaman pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 21

Open as pageSuggest a correction

(1)

,

Perbadanan boleh menetapkan apa-apa ujian kemampuan yang difikirkan perlu dan suai manfaat oleh Perbadanan bagi menentukan dan memilih pelajar yang layak bagi pinjaman pendidikan.

Kewajipan menyenggara rekod pinjaman pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 22

Open as pageSuggest a correction

(2)

Rekod yang disimpan dan disenggara di bawah subseksyen (1) hendaklah termasuk yang berikut:

(a)

butir-butir tentang pelajar penerima seperti nombor kad pengenalan, nama dan alamatnya;

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 25

Suggest a correction

(b)

amaun pinjaman pendidikan, jadual pembayaran baliknya, amaun setiap pembayaran balik yang dikehendaki dibuat, tarikh mula berkuat kuasa pembayaran balik, dan rekod pembayaran balik;

Suggest a correction

(c)

nama institusi pendidikan tinggi di mana pelajar penerima sedang menuntut, kursus pengajian, tempoh belajar dan tarikh jangkaan tamatnya pengajian; dan

Suggest a correction

(d)

apa-apa butir lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.

Ketua Eksekutif boleh mengeluarkan perakuan kepada Ketua

Polis Negara atau Ketua Pengarah Imigresen untuk melarang pelajar penerima daripada meninggalkan Malaysia dalam hal keadaan tertentu

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 22A

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tertakluk kepada apa-apa perintah yang dikeluarkan atau dibuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan buang negeri atau imigresen, Ketua Polis

Negara atau Ketua Pengarah Imigresen apabila menerima sesuatu permintaan di bawah subseksyen (1) berkenaan dengan mana-mana

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

pelajar penerima hendaklah mengambil atau menyebabkan diambil segala langkah sebagaimana yang perlu untuk melaksanakannya dan langkah yang boleh termasuk penggunaan kekerasan yang munasabah dan penyitaan, pembatalan atau penahanan mana-mana perakuan pengenalan dan apa-apa passport, permit keluar atau dokumen perjalanan lain yang berhubungan dengan pelajar penerima itu.

Suggest a correction

(3)

Jika seseorang pelajar penerima yang berkenaan dengannya suatu perakuan telah dikeluarkan di bawah subseksyen (1)

mengemukakan suatu pernyataan bertulis yang ditandatangani pada atau selepas tarikh pengeluaran perakuan itu oleh Ketua Eksekutif atau seorang pegawai diberi kuasa yang bermaksud bahawa wang yang kena dibayar kepada Perbadanan yang dinyatakan dalam perakuan itu telah dibayar atau bahawa jaminan telah dikemukakan bagi pembayarannya, maka pernyataan atau pembayaran itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjadi kuasa yang mencukupi bagi membenarkan pelajar penerima itu meninggalkan Malaysia.

Suggest a correction

(4)

Tiada prosiding undang-undang boleh dimulakan atau dikekalkan terhadap Perbadanan, pegawai dan pekhidmatnya,

Kerajaan Malaysia, pegawai polis atau mana-mana pegawai awam berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan secara sah di bawah seksyen ini.

Perbadanan hendaklah bertanggungjawab bagi mendapatkan dan memungut bayaran balik pinjaman pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 23

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi mengelakkan keraguan, sesuatu pinjaman pendidikan yang tidak dibayar balik atau yang tertunggak hendaklah dianggap

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 27

sebagai suatu hutang sivil yang terhutang oleh pelajar penerima kepada Perbadanan dan Perbadanan boleh menggunakan apa-apa cara di sisi undang-undang untuk mendapatkan hutang itu.

Had masa bagi tindakan yang berasaskan kontrak bagi pinjaman pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 23A

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, apa-apa tindakan yang berasaskan kontrak bagi pinjaman pendidikan tidak boleh dibawa selepas tamatnya tempoh dua belas tahun dari tarikh kausa tindakan itu terakru.

Seksyen 24

Pelantikan ejen pemungutan

Open as pageSuggest a correction

Tanpa menjejaskan tanggungjawab dan kuasa Perbadanan untuk mendapatkan bayaran balik pinjaman pendidikan di bawah seksyen 23, Perbadanan, dengan kelulusan Menteri dan persetujuan

Menteri Kewangan, boleh melantik apa-apa bilangan ejen bagi maksud mendapatkan pinjaman pendidikan itu.

Seksyen 25

Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai ejen pemungutan

Open as pageSuggest a correction

Dalam Negeri adalah dilantik menjadi ejen pemungutan untuk dan bagi pihak Perbadanan untuk mendapatkan pinjaman pendidikan yang kena dibayar balik oleh pelajar penerima kepada Perbadanan.

Seksyen 26

Bermulanya pembayaran balik pinjaman pendidikan

Open as pageSuggest a correction

(2)

Walau apa pun subseksyen (1) dan tertakluk kepada terma dan syarat perjanjian pinjaman pendidikan yang dibuat antara

Perbadanan dengan pelajar penerima, Lembaga, atas permohonan yang dibuat oleh pelajar penerima sebelum habis tempoh enam bulan dalam subseksyen (1), boleh melanjutkan tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan mengikut apa-apa terma dan syarat yang disifatkan oleh Lembaga patut dikenakan.

Mendapatkan dan memungut bayaran balik pinjaman pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 27

Open as pageSuggest a correction

(a)

Perbadanan hendaklah mengadakan Lembaga Hasil

Dalam Negeri atau ejen pemungutan yang dilantik di bawah seksyen 24―

Suggest a correction

(i)

suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 22;

(ii)

suatu perakuan sebagaimana yang ditetapkan yang ditandatangani oleh Ketua Eksekutif atau pegawai diberi kuasa Perbadanan untuk memperakui amaun pinjaman pendidikan yang hendak didapatkan berkenaan dengan setiap pelajar penerima, dan tarikh pinjaman pendidikan itu kena dibayar balik; dan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 29

Suggest a correction

(iii)

apa-apa butir lain yang diminta oleh Lembaga

Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan; dan

Suggest a correction
Suggest a correction

(b)

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan hendaklah―

Suggest a correction

(i)

menyimpan dan menyenggara rekod pemungutan bayaran balik yang dibuat berkenaan dengan setiap pelajar penerima mengikut apa-apa cara dan mengandungi apa-apa butir yang difikirkan patut dan perlu oleh

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan untuk menunjukkan halehwal sebenar pemungutan bayaran balik pinjaman pendidikan;

(ii)

memberi Perbadanan suatu salinan rekod yang disimpan dan disenggara di bawah subperenggan (b)(i) dalam tempoh yang dipersetujui antara

Perbadanan dengan

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan; dan

Suggest a correction

(iii)

tiap-tiap tiga bulan bermula dari pemungutan pertama bayaran balik pinjaman pendidikan, membayar kepada Perbadanan jumlah wang bayaran balik yang dipungut di bawah Akta ini bersama dengan apa-apa pulangan yang diterima oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan atas jumlah wang yang dipungut itu.

Suggest a correction
Suggest a correction

(2)

Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan, mengikut budi bicaranya sendiri, boleh merangka apa-apa kaedah, tatacara dan proses pentadbiran untuk memudahkan pemungutan

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

bayaran balik pinjaman pendidikan yang kena dibayar kepada

Perbadanan.

Kaedah sah bagi pemungutan bayaran balik pinjaman pendidikan

Suggest a correction

Seksyen 28

Open as pageSuggest a correction

Bagi maksud Akta ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan boleh menggunakan apa-apa kaedah yang dibenarkan di bawah undang-undang untuk melaksanakan pemungutan bayaran balik pinjaman pendidikan berkenaan dengan setiap pelajar penerima.

Majikan hendaklah membantu Perbadanan dan Lembaga Hasil

Seksyen 29

Dalam Negeri

Open as pageSuggest a correction

(a)

untuk memotong daripada gaji pelajar penerima itu apa-apa jumlah wang yang diberitahukan oleh

Perbadanan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri, yang merupakan amaun bayaran balik bulanan yang dikehendaki daripada pelajar penerima itu bagi tujuan pelepasan pinjaman pendidikannya; dan

Suggest a correction

(b)

untuk meremit amaun yang dipotong itu kepada

Perbadanan atau Lembaga Hasil Dalam Negeri setiap bulan.

Suggest a correction

(2)

Seseorang majikan yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 31

tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Perakuan Perbadanan adalah muktamad

Suggest a correction

Seksyen 30

Hasil Dalam Negeri―

Open as pageSuggest a correction

Perakuan yang dikeluarkan oleh Perbadanan di bawah subperenggan 27(1)(a)(ii) adalah bukti muktamad mengenai amaun pinjaman pendidikan yang belum dijelaskan dan yang kena dibayar oleh pelajar penerima kepada Perbadanan bagi maksud mendapatkan dan memungut bayaran balik pinjaman pendidikan itu oleh Lembaga

Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan yang dilantik di bawah seksyen 24.

Seksyen 31

Pembayaran komisen kepada ejen pemungutan

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan, dengan kelulusan Menteri Kewangan, boleh membayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri atau ejen pemungutan yang dilantik di bawah seksyen 24, apa-apa kadar komisen bagi perkhidmatan yang diberikan dalam memungut bayaran balik pinjaman pendidikan.

Bahagian VI

BAHAGIAN VI

Seksyen 32

Open as pageSuggest a correction

(2)

Semasa ketiadaan Pengerusi atas apa-apa sebab, Menteri boleh melantik seorang anggota Lembaga, selain Ketua Eksekutif, untuk menjalankan kewajipan Pengerusi.

Ketua Eksekutif

Suggest a correction

Seksyen 33

Open as pageSuggest a correction

(2)

Ketua Eksekutif adalah bertanggungjawab bagi pentadbiran dan pengurusan fungsi dan hal ehwal hari ke hari Perbadanan pada keseluruhannya.

Suggest a correction

(3)

Ketua Eksekutif hendaklah mempunyai kawalan am ke atas pegawai dan pekhidmat Perbadanan.

Suggest a correction

(4)

Ketua

Eksekutif hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan tambahan yang diarahkan oleh Perbadanan atau Menteri dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(5)

Dalam menunaikan kewajipannya,

Ketua

Eksekutif hendaklah bertindak di bawah kuasa dan mengikut arahan am

Lembaga.

Suggest a correction

(6)

Jika Ketua Eksekutif tidak ada di Malaysia buat sementara atau tidak berupaya buat sementara oleh sebab sakit atau kerana apa-apa sebab lain untuk melaksanakan kewajipannya, Lembaga boleh mengarahkan mana-mana pegawai lain untuk menjalankan kewajipan Ketua Eksekutif semasa Ketua Eksekutif tidak ada atau tidak berupaya buat sementara itu.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 33

Pelantikan pegawai dan pekhidmat Perbadanan

Suggest a correction

Seksyen 34

Open as pageSuggest a correction

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), Perbadanan, dengan kelulusan

Menteri, boleh menentukan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat.

Pelantikan ejen perunding, dll.

Suggest a correction

Seksyen 35

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan boleh melantik atau mengambil kerja mana-mana ejen, perunding termasuk peguam bela dan peguam cara, atau orang lain untuk menjalankan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa urusan atau melakukan apa-apa perbuatan yang dikehendaki dijalankan atau dilakukan bagi melaksanakan fungsinya atau bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud Akta ini.

Seksyen 45

Dalam membuat peraturan-peraturan di bawah Bahagian ini,

Open as pageSuggest a correction

Perbadanan, dengan kelulusan Menteri, boleh menerima pakai dengan apa-apa ubah suaian mana-mana peraturan, kaedah, dasar, pekeliling dan arahan yang diperbuat atau dikeluarkan oleh Kerajaan

Persekutuan.

Seksyen 46

Perlindungan daripada liabiliti diri

Open as pageSuggest a correction

Tiada seorang pun anggota Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan boleh menanggung apa-apa liabiliti diri bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam melaksanakan kuasa atau kewajipannya di bawah Akta ini melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan salah yang disengajakan olehnya.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 35

Seksyen 47

Akta Perlindungan Pihak Berkuasa Awam 1948

Open as pageSuggest a correction

adalah terpakai bagi apa-apa tindakan, guaman, pendakwaan atau prosiding terhadap Perbadanan, atau terhadap mana-mana anggota

Lembaga atau mana-mana jawatankuasa, atau mana-mana pegawai, pekhidmat atau ejen Perbadanan berkenaan dengan apa-apa perbuatan, keaiban atau keingkaran yang dibuat atau dilakukan olehnya atas sifat yang sedemikian itu.

Seksyen 48

Pekhidmat awam

Open as pageSuggest a correction

Lembaga dan mana-mana jawatankuasa, pegawai, pekhidmat dan ejen Perbadanan hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun

Keseksaan [Akta 574] semasa menunaikan kewajipan mereka sebagai

Pengerusi, anggota, pegawai, pekhidmat atau ejen itu.

Bahagian VII

BAHAGIAN VII

Seksyen 49

Open as pageSuggest a correction

(2)

Tanpa menjejaskan kelulusan makna subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi menetapkan―

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(a)

borang yang hendaklah digunakan dan maklumat yang hendaklah diberikan dalam apa-apa permohonan atau bagi apa-apa maksud lain di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(b)

tatacara yang hendaklah diikuti dan fi yang difikirkan patut ditetapkan berkenaan dengan apa-apa permohonan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(c)

bentuk yang mengikutinya suatu daftar atau rekod lain hendaklah disimpan atau disenggara di bawah Akta ini dan catatan yang hendaklah dibuat dalamnya;

Suggest a correction

(d)

fi atau caj lain yang hendaklah dikenakan berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan di bawah Akta ini;

Suggest a correction

(e)

cara pelantikan, dan terma dan syarat perkhidmatan pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

Suggest a correction

(f)

pembayaran gratuiti dan faedah lain kepada pegawai dan pekhidmat Perbadanan;

Suggest a correction

(g)

terma dan syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman atau pendahuluan kepada mana-mana pegawai atau pekhidmat perbadanan termasuk, jika pinjaman itu adalah bagi maksud membeli atau mendirikan rumah atau melepaskan apa-apa beban atas rumah, syarat bahawa rumah itu termasuk tanah yang menjadi tapaknya hendaklah digadaikan atau diserahhakkan kepada Perbadanan sebagai cagaran bagi pinjaman itu;

Suggest a correction

(h)

pembayaran elaun dan faedah lain kepada anggota

Lembaga dan jawatankuasa;

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 37

(ha)

tanggungjawab, syarat dan tatacara bagi pemberian pinjaman pendidikan kepada mana-mana pelajar penerima;

Suggest a correction

(i)

apa-apa perkara yang dikehendaki ditetapkan di bawah

Akta ini; dan

Suggest a correction

(j)

apa-apa perkara lain yang difikirkan suai manfaat atau perlu oleh Perbadanan bagi maksud Akta ini.

Penalti bagi perundangan subsidiari

Suggest a correction
Suggest a correction

Seksyen 49A

Open as pageSuggest a correction

Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 49 boleh memperuntukkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan penalti denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau tempoh pemenjaraan tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.

Seksyen 50

Kumpulan Wang Rizab

Open as pageSuggest a correction

(2)

Perbadanan boleh memindahkan aset ke dalam atau keluar dari Kumpulan Wang Rizab dari semasa ke semasa.

Suggest a correction

(3)

Pemindahan ke dalam Kumpulan Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Perbadanan dan pemindahan keluar oleh Kumpulan

Wang Rizab hendaklah ditentukan oleh Menteri.

Suggest a correction

(4)

Walau apa pun subseksyen (3), amaun wang yang dipindahkan ke dalam Kumpulan Wang Rizab yang berhubungan dengan deposit di bawah seksyen 11 hendaklah mengikut apa-apa

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

peratusan daripada deposit yang diterima sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Perbelanjaan dan penyediaan anggaran

Suggest a correction

Seksyen 51

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sebelum permulaan bulan September setiap tahun,

Perbadanan hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan bagi tahun berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butir sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri.

Suggest a correction

(3)

Menteri hendaklah memberitahu Perbadanan sebelum permulaan tahun yang berikutnya amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap jenis perbelanjaan berdasarkan anggaran yang disediakan di bawah subseksyen (2).

Suggest a correction

(4)

Perbadanan boleh mengemukakan kepada Menteri pada bila-bila masa suatu anggaran perbelanjaan tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan kesemua atau mana-mana bahagian daripada perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran perbelanjaan tambahan itu.

Akaun dan laporan

Suggest a correction

Seksyen 52

Open as pageSuggest a correction

(a)

suatu penyata akaun Lembaga yang hendaklah mengandungi kunci kira-kira dan akaun pendapatan dan perbelanjaannya; dan

Suggest a correction

(b)

suatu pernyataan mengenai aktiviti-aktivitinya.

Suggest a correction

(2)

Lembaga hendaklah dengan seberapa segera yang mungkin menghantar suatu salinan penyata akaun dalam perenggan (1)(a) dan pernyataan mengenai aktiviti-aktivitinya dalam perenggan (1)(b), yang diperakui oleh juruaudit dan suatu salinan laporan juruaudit kepada Menteri yang hendaklah menyebabkannya dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen.

Akta Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 adalah terpakai

Suggest a correction

Seksyen 53

Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980

Open as pageSuggest a correction

[Akta 240] hendaklah terpakai bagi Perbadanan.

Seksyen 54

Obligasi menyimpan rahsia

Open as pageSuggest a correction

(1)

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Penalti dalam hal kesalahan berterusan

Suggest a correction

Seksyen 55

Open as pageSuggest a correction

Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini hendaklah, dalam hal kesalahan yang berterusan, sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan ke atasnya di bawah Akta ini berkenaan dengan kesalahan itu, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Seksyen 56

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

Open as pageSuggest a correction

(a)

mana-mana orang yang, pada masa kesalahan itu dilakukan, merupakan pengarah, pengurus, setiausaha, atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, boleh didakwa secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan itu; dan

Suggest a correction

(b)

tiap-tiap pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu, yang dalam apa-apa cara, melalui perbuatan atau peninggalan secara langsung atau tidak langsung terlibat dengan atau menjadi pihak dalam pelakuan kesalahan itu hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu,

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 41

melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuannya atau pembiarannya atau bahawa dia telah mengambil segala langkah berjaga-jaga yang munasabah atau bahawa dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan kesalahan itu daripada berlaku.

Perkara yang dilakukan pada menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat

Suggest a correction

Seksyen 57

Open as pageSuggest a correction

Segala perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang atau pihak berkuasa bagi pihak Perbadanan pada menyediakan dan ke arah pelaksanaan sepatutnya mana-mana peruntukan Akta ini, dan apa-apa perbelanjaan yang dilakukan berhubungan dengannya, pada menjangkakan bahawa Akta ini akan diperbuat hendaklah disifatkan telah dibenarkan oleh Akta ini, dan segala hak yang diperoleh atau obligasi yang ditanggung bagi pihak Perbadanan daripada apa-apa jua yang dilakukan sedemikian hendaklah, apabila mula berkuat kuasanya Akta ini, disifatkan sebagai hak dan obligasi Perbadanan.

Seksyen 58

Penjalanan prosiding sivil

Open as pageSuggest a correction

Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang bertulis, dalam mana-mana prosiding sivil oleh atau terhadap Perbadanan−

(a)

mana-mana orang yang memegang jawatan sebagai Peguam

Persekutuan dan diberi kuasa oleh Peguam Negara bagi maksud itu; atau

Suggest a correction

(b)

mana-mana pegawai Perbadanan yang diberi kuasa bagi maksud itu oleh Pengerusi, boleh, bagi pihak Perbadanan, memulakan, menghadiri dan menjalankan prosiding itu dan boleh membuat dan melakukan

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

kesemua kehadiran, tindakan dan permohonan berkenaan dengan prosiding itu.

Kuasa untuk mengkompaun

Suggest a correction

Seksyen 59

Open as pageSuggest a correction

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan, tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan yang boleh dibenarkan oleh Ketua Eksekutif, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

Suggest a correction

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu boleh dilepaskan atau dilucuthakkan oleh Ketua

Eksekutif, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 43

Suggest a correction

(4)

Semua jumlah wang yang diterima oleh Ketua Eksekutif di bawah seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam dan menjadi sebahagian daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.

Suggest a correction

Jadual

Suggest a correction

JADUAL

[Subseksyen 8(4)]

Pelantikan, pembatalan dan peletakan jawatan

1. (1)

Tertakluk kepada apa-apa syarat yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya, Pengerusi dan anggota Lembaga yang dilantik oleh Menteri hendaklah memegang jawatan selama tempoh yang tidak melebihi tiga tahun dan hendaklah, apabila terhenti daripada menjadi anggota, layak untuk dilantik semula.

(2)

Menteri boleh membatalkan pelantikan Pengerusi dan mana-mana anggota yang dilantik olehnya pada bila-bila masa tanpa memberikan apa-apa sebab baginya.

(3)

Pengerusi boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa melalui surat yang ditujukan kepada Menteri.

(4)

Seseorang anggota yang dilantik oleh Menteri boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa melalui surat yang ditujukan kepada Menteri.

Pengosongan jawatan

2. (1)

Jawatan Pengerusi atau seseorang anggota Lembaga yang dilantik oleh

Menteri hendaklah menjadi kosong―

(a)

jika dia mati;

(b)

jika telah dibuktikan terhadapnya, atau jika dia telah disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan―

(i)

kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(ii)

kesalahan di bawah mana-mana undang-undang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan

(sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(c)

jika kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasannya sebagai Pengerusi atau anggota Lembaga atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Lembaga;

(d)

jika dia menjadi bankrap;

(e)

jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;

(f)

dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tanpa kebenaran Menteri;

(g)

dalam hal seseorang anggota, jika dia tidak menghadiri mesyuarat

Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Pengerusi; dan

(h)

dalam hal Pengerusi atau anggota Lembaga―

(i)

jika peletakan jawatannya diterima oleh Menteri; atau

(ii)

jika pelantikannya dibatalkan oleh Menteri.

Saraan atau elaun

3. Anggota Lembaga boleh dibayar apa-apa saraan atau elaun daripada Kumpulan

Wang sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.

Mesyuarat

4. (1)

Lembaga hendaklah bermesyuarat bagi penyegeraan urusannya sekurang-kurangnya sekali dalam tiap-tiap dua bulan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Pengerusi dari semasa ke semasa.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 45

(2)

Pada mana-mana mesyuarat Lembaga, lima anggota hendaklah membentuk kuorum.

(3)

Jika mengenai apa-apa soal yang hendak diputuskan oleh Lembaga terdapat bilangan undi yang sama banyak, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus sebagai tambahan kepada undi biasanya.

Lembaga boleh mengundang orang lain menghadiri mesyuarat

5. (1)

Lembaga boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mesyuarat atau perbincangan Lembaga bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkannya, tetapi orang yang diundang itu tidak berhak untuk mengundi dalam mesyuarat atau perbincangan itu.

(2)

Seseorang yang diundang di bawah subperenggan (1) hendaklah dibayar apa-apa elaun yang ditentukan oleh Lembaga.

Minit

6. (1)

Lembaga hendaklah menyebabkan minit kesemua mesyuarat Lembaga disenggara dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya.

(2)

Apa-apa minit yang dibuat mengenai mesyuarat Lembaga hendaklah, jika ditandatangani dengan sewajarnya, diterima sebagai keterangan dalam segala prosiding undang-undang tanpa bukti selanjutnya.

(3)

Tiap-tiap mesyuarat

Lembaga yang minit berkenaan dengan prosidingnya telah dibuat sedemikian hendaklah disifatkan telah dipanggil dan diadakan dengan sewajarnya dan kesemua anggota dalam mesyuarat itu layak dengan sewajarnya untuk bertindak.

Pendedahan kepentingan

7. (1)

Seseorang anggota Lembaga yang, secara langsung atau tidak langsung, mempunyai sendiri atau melalui pekongsinya―

(a)

suatu kepentingan dalam mana-mana syarikat atau usaha yang dengannya Perbadanan bercadang hendak membuat suatu kontrak; atau 46 Undang-Undang Malaysia AKTA 566

(b)

suatu kepentingan dalam suatu kontrak atau perkara yang sedang dibincangkan oleh Lembaga, hendaklah mendedahkan kepada Lembaga hakikat dan jenis kepentingannya itu.

(2)

Pendedahan di bawah subperenggan (1) hendaklah direkodkan dalam minit Lembaga dan anggota itu tidak boleh mengambil bahagian dalam perbincangan atau keputusan Lembaga berhubungan dengan kontrak atau perkara itu.

Kesahan tindakan dan prosiding

8. Tiada apa-apa tindakan yang dilakukan atau prosiding yang dibuat di bawah

Akta ini boleh dipersoalkan atas alasan bahawa―

(a)

ada apa-apa kekosongan dalam keanggotaan, atau apa-apa kecacatan dalam penubuhan, Lembaga;

(b)

ada pelanggaran peruntukan perenggan 7 oleh mana-mana anggota

Lembaga; atau

(c)

ada apa-apa peninggalan, kecacatan atau ketakteraturan yang tidak menyentuh merit kes itu.

Tatacara

9. Tertakluk kepada Akta ini, Lembaga hendaklah, mengikut budi bicaranya, menentukan prosidingnya sendiri.

47

Akta 566

SENARAI PINDAAN

Undang-undang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta A1079

Akta A1296

Akta Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional

(Pindaan) 2000

Akta Perbadanan Tabung

Pendidikan Tinggi Nasional

(Pindaan) 2007 16-06-2000

20-07-2007

48

Akta 566

SENARAI SEKSYEN DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

2

Akta A1079 16-06-2000

Akta A1296 20-07-2007

7

Akta A1296 20-07-2007 11

Akta A1296

20-07-2007 11A

Akta A1296 20-07-2007

15A

Akta A1079 16-06-2000

22A

AktaA1296 20-07-2007 23A

Akta A1296 20-07-2007

29

Akta A1296

20-07-2007

32

Akta A1296

20-07-2007

36

Akta A1296

20-07-2007 37

Akta A1296

20-07-2007

38

Akta A1296

20-07-2007

39

Akta A1296

20-07-2007

40

Akta A1296

20-07-2007

41

Akta A1296

20-07-2007 42

Akta A1296 20-07-2007 43

Akta A1296 20-07-2007 44

Akta A1296

20-07-2007 49

Akta A1296 20-07-2007

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 49

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

49A

Akta A1296 20-07-2007 58

Akta A1296

20-07-2007

59

Akta A1296

20-07-2007

Common questions

What is AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997?
*AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 is Malaysia Act, cited as Act 566 1997, currently marked in force and first recorded in 1997.
Is AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 still in force?
Yes — AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 is currently in force.
When did AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 take effect?
AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 was first recorded in 1997.
How many sections does AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 have?
AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 contains 64 sections.
Where can I read the official version of AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997?
The official text of AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 is published at lom.agc.gov.my.
AKTA PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL 1997 (No. 566)