Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
241. Sekatan pengiklanan
Feedback & supportSeseorang tidak boleh menyiarkan suatu notis yang—
menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti; atau
menyebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung, mengenai—
suatu prospektus berkenaan dengan sekuriti sesuatu perbadanan;
dalam hal suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, suatu prospektus berkenaan dengan mana-mana unit daripada skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu terbitan, cadangan terbitan, tawaran, cadangan tawaran, pelawaan atau cadangan pelawaan berkenaan dengan sekuriti; atau
suatu notis lain yang merujuk kepada suatu prospektus berhubung dengan suatu terbitan, cadangan terbitan, tawaran, cadangan tawaran, pelawaan atau cadangan pelawaan berkenaan dengan sekuriti.
Subseksyen (1) hendaklah terpakai bagi apa-apa notis yang disebut dalamnya yang dikeluarkan berhubung dengan sekuriti sesuatu perbadanan yang belum ditubuhkan atau sesuatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang belum ditubuhkan.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi—
mana-mana notis yang disebut dalam subseksyen (4) atau (5);
mana-mana prospektus permulaan yang disebut dalam subseksyen (6);
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 381
mana-mana laporan yang disebut dalam subseksyen (7);
apa-apa notis atau laporan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; atau
mana-mana penerbitan sesuatu prospektus boleh daftar yang disebut dalam seksyen 232.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi notis yang dikeluarkan atau disiarkan sebelum pendaftaran suatu prospektus—
dengan persetujuan Suruhanjaya dan tertakluk pada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dikenakan olehnya; dan
yang tidak mengandungi apa-apa maklumat atau perkara selain yang berikut:
nama penerbit sekuriti itu;
dalam hal suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, nama skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu, dan nama pemegang amanah dan syarikat pengurusan berhubung dengan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu pernyataan yang ringkas dan padat tentang sifat umum urusan atau pengusahaan utama atau cadangan urusan atau pengusahaan utama penerbit itu;
nama, alamat dan, jika berkenaan, pekerjaan pengarah atau pengarah yang dicadangkan;
nama dan alamat pembroker saham, pembroker syer, penaja jamin dan penasihat utama berhubung dengan cadangan terbitan itu, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti;
382 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
dalam hal debentur, nama dan alamat pemegang amanah bagi pemegang debentur;
suatu perihalan ringkas tentang status penyenaraian perbadanan, skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan di mana-mana bursa saham atau bursa lain yang seumpamanya di luar Malaysia, atau suatu pernyataan yang bermaksud untuk memohon kebenaran untuk menyenaraikan perbadanan, skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan di mana-mana bursa saham atau bursa lain yang seumpamanya di luar Malaysia tetapi tiada jaminan telah diberikan bahawa perbadanan, skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, akan disenaraikan;
hakikat bahawa suatu prospektus sedang disediakan dan bahawa suatu terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti adalah dicadangkan, bersama dengan suatu petunjuk ringkas tentang sifat dan bilangan sekuriti dan jangkaan masa bagi penerbitan prospektus itu;
dalam hal suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, suatu perihalan orang yang daripadanya unit itu boleh didapati untuk dibeli atau dilanggan; dan
apa-apa maklumat atau perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya secara bertulis.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu notis yang dikeluarkan atau disiarkan selepas pendaftaran suatu prospektus yang—
menyatakan bahawa suatu prospektus berhubung dengan mana-mana sekuriti telah didaftarkan;
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 383
menentukan tarikh prospektus itu;
menentukan di mana suatu salinan prospektus itu boleh didapati;
menyatakan bahawa apa-apa terbitan sekuriti yang dimaksudkan oleh prospektus itu hanya akan dibuat apabila diterima borang permohonan yang disebut dalam dan yang disertakan bersama suatu salinan prospektus itu; dan
menyatakan apa-apa maklumat atau perkara lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya secara bertulis.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu prospektus permulaan jika kehendak yang berikut dipenuhi:
suatu salinan prospektus permulaan itu dihantar serah kepada Suruhanjaya sebelum pengeluarannya;
prospektus permulaan itu dikeluarkan kepada mana-mana orang yang disebut dalam perenggan (1), (3), (4), (5), (6),
, (8), (9), (10), (11), (12), (13), (22), (23), (24), (25), (26)
atau (27) Jadual 6 atau kepada mana-mana orang atau kelas atau golongan orang atau berkenaan dengan mana-mana sekuriti atau kelas atau kategori sekuriti yang dibenarkan oleh Suruhanjaya secara bertulis;
prospektus permulaan itu mengandungi pada muka hadapannya suatu notis yang mudah dilihat bahawa—
ia bukan suatu prospektus;
tiada terbitan, tawaran bagi langganan atau pembelian, atau pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti yang dimaksudkan oleh prospektus permulaan itu akan dibuat; dan 384 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
tiada perjanjian untuk melanggan sekuriti yang dimaksudkan oleh prospektus permulaan itu akan dibuat antara penerbit dengan penerima prospektus permulaan itu;
prospektus permulaan itu hendaklah tidak mengandungi, dikaitkan dengan atau disertakan dengan apa-apa bentuk permohonan yang boleh memudahkan penerbitan, penawaran bagi langganan atau pembelian, atau pembuatan suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, sekuriti yang dimaksudkan oleh prospektus permulaan itu atau penerimaan terbitan, tawaran atau pelawaan sedemikian;
seseorang yang kepadanya suatu salinan prospektus permulaan dikeluarkan tidak boleh mengedarkan salinan itu kepada mana-mana orang lain;
sekuriti hanya boleh diterbitkan berasaskan kepada suatu prospektus yang didaftarkan sewajarnya oleh Suruhanjaya di bawah Akta ini; dan
jika suatu prospektus yang didaftarkan berhubung dengan sekuriti yang dimaksudkan oleh prospektus permulaan berbeza daripada prospektus permulaan itu secara material, notis tentang perbezaan itu hendaklah diberikan kepada penerima prospektus permulaan itu dan suatu salinan notis itu hendaklah dihantarserahkan kepada Suruhanjaya:
Dengan syarat bahawa Suruhanjaya boleh, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan bertulis oleh seseorang penerbit, membuat suatu perintah yang meluluskan apa-apa perubahan kepada kehendak subseksyen ini.
Subseksyen (1) tidak terpakai bagi pengeluaran atau penyiaran semua atau mana-mana laporan yang berikut:
suatu laporan berhubung dengan hal ehwal sesuatu perbadanan, skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, yang disenaraikan di suatu bursa saham yang
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 385
atau telah disiarkan hanya kepada bursa saham itu oleh atau bagi pihak perbadanan, skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan;
suatu laporan tentang keseluruhan atau sebahagian daripada prosiding suatu mesyuarat agung sesuatu pertubuhan perbadanan atau suatu mesyuarat pemegang unit skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan jika pertubuhan perbadanan, skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan itu termasuk dalam senarai rasmi suatu bursa saham dan laporan itu tidak mengandungi apa-apa perkara selain perkara yang dibentangkan di hadapan mesyuarat itu;
suatu laporan yang merupakan laporan berita atau ulasan sebenar, yang disiarkan oleh seseorang dalam akhbar atau terbitan berkala atau melalui penyiaran atau siaran televisyen, yang berhubungan dengan—
suatu prospektus yang telah didaftarkan atau maklumat yang terkandung dalam prospektus itu;
atau
suatu laporan yang disebut dalam perenggan (a)
atau (b), sekiranya tiada seorang jua pun daripada orang yang berikut menerima atau berhak menerima apa-apa balasan atau faedah lain daripada seseorang yang mempunyai kepentingan dalam kejayaan terbitan sekuriti yang dimaksudkan oleh laporan atau ulasan itu sebagai dorongan untuk menyiarkan, atau akibat daripada penyiaran laporan atau ulasan itu:
orang yang membuat laporan atau ulasan itu;
seseorang ejen atau pekerja orang yang membuat laporan atau ulasan itu;
386 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
jika laporan atau ulasan itu disiarkan dalam akhbar atau terbitan berkala, penerbit akhbar atau terbitan berkala itu; atau
jika laporan atau ulasan itu disiarkan melalui penyiaran atau siaran televisyen, pemegang lesen stesen penyiaran atau televisyen yang melaluinya laporan atau ulasan itu disiarkan.
Suatu notis yang dikeluarkan atau disiarkan di bawah subseksyen (4) atau (5), suatu prospektus permulaan yang diterbitkan di bawah subseksyen (6) atau suatu laporan yang dikeluarkan atau disiarkan di bawah subseksyen (7) bukan merupakan suatu prospektus.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini yang boleh mengehadkan atau mengurangkan tanggungan yang ditanggung oleh seseorang di bawah mana-mana undang-undang lain.
Jika Suruhanjaya mendapati bahawa suatu notis, prospektus permulaan atau laporan yang disebut dalam seksyen ini—
melanggar subseksyen (1);
mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang palsu atau mengelirukan;
mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat suatu peninggalan yang material; atau
mengandungi suatu salah nyata yang material,
Suruhanjaya boleh melalui perintah secara bertulis yang disampaikan kepada orang yang menyiarkan atau mengeluarkan notis, prospektus permulaan atau laporan itu—
mengarahkan orang itu supaya berhenti daripada mengeluarkan atau menyiarkan notis, prospektus permulaan atau laporan itu; atau
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 387
mengarahkan orang itu supaya mengambil apa-apa tindakan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
Dalam seksyen ini, “notis” termasuklah apa-apa notis yang disiarkan dalam suatu dokumen, akhbar atau terbitan berkala atau melalui apa-apa perantaraan atau dengan apa-apa cara yang berupaya mencadangkan perkataan dan idea.
Seseorang yang—
mengeluarkan atau menyiarkan suatu notis yang melanggar subseksyen (1), (4) atau (5);
mengeluarkan suatu prospektus permulaan yang melanggar subseksyen (6); atau
mengeluarkan atau menyiarkan suatu laporan yang melanggar subseksyen (7), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.