Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman

242. Dokumen yang mengandungi tawaran sekuriti untuk pembelian disifatkan sebagai prospektus

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (3), jika seseorang penerbit menguntukkan atau menerbitkan atau bersetuju untuk menguntukkan atau menerbitkan kepada mana-mana orang apa-apa sekuriti dengan tujuan supaya kesemua atau mana-mana daripadanya ditawarkan bagi pembelian—

(a)

apa-apa dokumen yang tawaran bagi pembelian itu dibuat hendaklah, bagi segala maksud, disifatkan sebagai suatu prospektus yang dikeluarkan oleh penerbit; dan

(b)

semua undang-undang yang mengawal selia kandungan prospektus dan yang memperuntukkan tanggungan

388 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

berkenaan dengan pernyataan dan peninggalan dalam prospektus, atau selainnya yang berhubungan dengan prospektus, hendaklah terpakai dan mempunyai kesan yang sewajarnya seolah-olah orang yang menerima tawaran berkenaan dengan mana-mana sekuriti ialah pelanggan sekuriti itu.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (1) boleh menjejaskan tanggungan orang yang tawaran bagi pembelian itu dibuat berkenaan dengan pernyataan dalam, atau peninggalan dalam, dokumen yang tawaran bagi pembelian itu dibuat atau selainnya.

(3)

Subseksyen (1) tidak terpakai berhubung dengan suatu tawaran bagi pembelian atau pelawaan untuk membeli sekuriti jika tawaran atau pelawaan itu dibuat dalam perjalanan urusan biasa perdagangan di pasaran saham sesuatu bursa saham.

(4)

Bagi maksud Akta ini, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, hendaklah menjadi keterangan bahawa suatu penguntukan atau penerbitan, atau suatu perjanjian untuk menguntukkan atau menerbitkan, mana-mana sekuriti dibuat dengan tujuan supaya sekuriti itu ditawarkan bagi pembelian jika ditunjukkan bahawa—

(a)

suatu tawaran sekuriti bagi pembelian dibuat dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah perenggan 235(1)(c) selepas penguntukan atau penerbitan atau perjanjian untuk menguntukkan atau menerbitkan itu; atau

(b)

pada tarikh tawaran itu dibuat, keseluruhan balasan yang sepatutnya diterima oleh penerbit itu berkenaan dengan sekuriti itu tidak diterima sedemikian.

(5)

Kehendak

Penggal ini tentang prospektus hendaklah mempunyai kesan seolah-olah orang yang membuat tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini merupakan orang yang dinamakan dalam suatu prospektus sebagai pengarah seseorang penerbit.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 389

(6)

Sebagai tambahan kepada pematuhan kehendak lain Penggal ini, dokumen yang melaluinya tawaran bagi pembelian dibuat hendaklah menyatakan—

(a)

amaun bersih balasan yang diterima atau yang akan diterima oleh penerbit berkenaan dengan sekuriti yang dimaksudkan oleh tawaran itu; dan

(b)

tempat dan masa suatu salinan kontrak yang sekuriti telah atau akan diuntukkan atau diterbitkan boleh diperiksa.

(7)

Jika suatu tawaran yang dimaksudkan oleh seksyen ini dibuat oleh suatu perbadanan atau firma, dokumen yang tawaran bagi pembelian itu dibuat hendaklah—

(a)

dalam hal suatu perbadanan, ditandatangani bagi pihak perbadanan itu oleh dua orang pengarah perbadanan; dan

(b)

dalam hal suatu firma, ditandatangani oleh tidak kurang daripada separuh anggota firma itu, dan mana-mana pengarah atau anggota itu boleh memberi kuasa kepada ejennya secara bertulis untuk menandatangani bagi pihaknya.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, suatu pelawaan untuk membuat suatu tawaran untuk membeli sekuriti hendaklah disifatkan menjadi suatu tawaran bagi pembelian sekuriti itu, dan seseorang yang membuat suatu tawaran menurut pelawaan itu hendaklah disifatkan sebagai seorang yang menerima tawaran bagi pembelian sekuriti itu.

(9)

Peruntukan seksyen ini tidak terpakai bagi suatu tawaran bagi pembelian yang merupakan suatu tawaran terkecuali, pelawaan terkecuali atau terbitan terkecuali.

390 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

Penguntukan sekuriti jika prospektus menandakan bahawa permohonan bagi kebenaran untuk disenaraikan di bursa saham telah dibuat

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules