Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XVI · Penguatkuasaan dan Penalti
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Seorang pegawai penyiasat yang dilantik di bawah seksyen 230 hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi yang diberikan kepada Bank di bawah Bahagian ini, dan jika pegawai penyiasat itu bukan seorang pegawai Bank, dia hendaklah, berhubungan dengan kuasa dan fungsi itu—
menjadi tertakluk pada; dan
menikmati apa-apa hak, keistimewaan, perlindungan, kekebalan dan tanggung rugi sebagaimana yang ditentukan dalam,
228 Undang-Undang Malaysia AKTA 759
peruntukan Akta ini, Akta Bank Negara Malaysia 2009 atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang terpakai bagi seorang pegawai Bank seolah-olah dia adalah seorang pegawai Bank.
Seorang pegawai penyiasat, dalam menjalankan kuasanya dan melaksanakan fungsinya, hendaklah tertakluk pada dan mematuhi arahan, kawalan, petunjuk, syarat, sekatan atau batasan sebagaimana yang ditentukan oleh Bank, secara lisan atau bertulis, sama ada secara am, atau dalam apa-apa hal atau hal keadaan tertentu.
Gabenor hendaklah mempunyai semua kuasa dan fungsi seorang pegawai penyiasat.
Seorang pegawai penyiasat yang melakukan apa-apa pemeriksaan atas mana-mana orang di bawah Penggal ini hendaklah mempunyai kuasa untuk mentadbir suatu sumpah atau ikrar orang yang sedang diperiksa.
Bahagian XVII
Bahagian XVIII