Skip to content

Seksyen 86

Percubaan untuk melakukan kesalahan terhadap Akta ini

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 97 of 129
Seksyen 86

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang cuba melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut terdahulu dalam Bahagian ini boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dikenakan hukuman yang sama seperti hukuman kerana melakukan kesalahan itu:

Dengan syarat bahawa jika kesalahan itu suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman mati dia tidak boleh dikenakan hukuman yang lebih berat daripada hukuman pemenjaraan.