Skip to content

Seksyen 78

Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang—

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 89 of 129
Seksyen 78

(a)

membuat tuduhan terhadap mana-mana pegawai atau askar-lasykar yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang diketahuinya sebagai palsu atau yang tidak dipercayainya sebagai benar;

atau

(b)

dalam membuat sesuatu pengaduan yang dia berpendapat bahawa dia dipersalahkan, membuat suatu pernyataan yang menyentuh tingkah laku seseorang pegawai atau askar-lasykar yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang diketahuinya sebagai palsu atau tidak dipercayainya sebagai benar, atau dengan sengaja menyembunyikan apa-apa nyataan fakta materialnya, boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.