Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
87. Kelakuan yang memudaratkan tatatertib perkhidmatan
Feedback & supportTiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang bersalah kerana melakukan apa-apa perbuatan, kelakuan atau keabaian yang memudaratkan keadaan baik dan tatatertib perkhidmatan boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Kesalahan awam