Seksyen 93
Penangkapan
(1)
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang didapati melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini, atau dikatakan telah melakukan atau semunasabahnya disyaki telah melakukan apa-apa kesalahan itu, boleh ditangkap mengikut peruntukan yang berikut.
Akta Angkatan Tentera 95
(2)
Seseorang pegawai boleh ditangkap oleh seseorang pegawai angkatan tetap yang berpangkat atasan, atau jika mengambil bahagian dalam sesuatu dahagi, pergaduhan atau kekacauan, oleh seseorang pegawai daripada apa-apa jua pangkat.
(3)
Seseorang askar-lasykar atau anggota sukarela (apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini) boleh ditangkap oleh mana-mana pegawai, pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah angkatan tetap:
Dengan syarat bahawa seseorang itu tidak boleh ditangkap menurut kuasa subseksyen ini kecuali oleh seseorang yang berpangkat atasan.
(4)
Seseorang lasykar yang menjalankan kuasa sebagai seorang anggota turus yang mengatur atau sebagai anggota turus yang mengawas boleh menangkap mana-mana lasykar.
(5)
Seseorang pegawai provos atau mana-mana pegawai, pegawai waran, pegawai tidak bertauliah atau lasykar yang menjalankan kuasa di sisi undang-undang di bawah seseorang pegawai provos, boleh menangkap mana-mana pegawai, askar-lasykar atau anggota sukarela
(apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini):
Dengan syarat bahawa seseorang pegawai tidak boleh ditangkap menurut kuasa subseksyen ini kecuali atas perintah seseorang pegawai lain.
(6)
Kuasa menangkap yang diberikan kepada mana-mana orang oleh seksyen ini boleh (tertakluk pada peruntukan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini) dijalankan sama ada sendiri atau dengan memerintahkan supaya ditangkap orang yang hendak ditangkap itu atau dengan memberikan perintah terhadap penangkapan orang itu.
(7)
Dalam seksyen ini ungkapan “pegawai angkatan tetap” dan
“pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah angkatan tetap”
termasuklah seseorang pegawai, pegawai waran atau pegawai tidak bertauliah mana-mana angkatan sukarela apabila mereka tertakluk
96 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini dan mana-mana angkatan asing yang dilantik, dipinjamkan atau ditugaskan dengan sewajarnya kepada mana-mana angkatan tetap atau apabila anggota sesuatu angkatan asing berkhidmat atau bertindak bersama dengan mana-mana angkatan tetap di bawah peruntukan subseksyen 17(3) dan
(4)
Akta Angkatan Pelawat 1960.