Seksyen 96
Pertuduhan hendaklah dibicarakan terus atau oleh mahkamah tentera
(1)
Selepas disiasat, pertuduhan terhadap seseorang pegawai bertauliah yang berpangkat rendah daripada leftenan kolonel atau yang setaraf dengannya atau terhadap seseorang pegawai waran boleh, jika sesuatu pihak berkuasa mempunyai kuasa di bawah peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini membicarakannya terus, dibicarakan sedemikian oleh pihak berkuasa itu mengikut peruntukan itu.
(2)
Selepas disiasat, pertuduhan terhadap seseorang pegawai yang dilantik atau terhadap seseorang askar-lasykar atau anggota sukarela
(apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini) yang berpangkat rendah daripada pegawai waran boleh dibicarakan terus oleh pegawai memerintahnya, tertakluk pada dan mengikut peruntukan yang berikut dalam Bahagian ini.
(3)
Jika, selepas disiasat, mana-mana pertuduhan tidak dibicarakan terus seperti yang disebut terdahulu, tertuduh itu hendaklah direman untuk dibicarakan oleh mahkamah tentera.
(4)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan yang disebut terdahulu, jika—
(a)
pegawai memerintah itu telah menyiasat sesuatu pertuduhan terhadap seseorang pegawai bertauliah atau pegawai waran; atau
(b)
pegawai memerintah itu telah menyiasat pertuduhan terhadap seseorang pegawai dilantik atau terhadap seseorang askar-lasykar atau anggota sukarela (apabila tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah
Akta ini) yang berpangkat rendah daripada pegawai waran, iaitu pertuduhan yang tidak boleh dibicarakan terus, pegawai memerintah boleh menolak pertuduhan itu jika dia berpendapat bahawa pertuduhan itu tidak sepatutnya diteruskan.
100 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
(5)
Sebutan dalam Akta ini mengenai perbicaraan terus pertuduhan itu ialah sebutan mengenai pengambilan tindakan yang berikut oleh pihak berkuasa atasan yang berkenaan atau pegawai memerintah bagi tertuduh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, iaitu tindakan yang menentukan sama ada tertuduh itu bersalah, menolak pertuduhan itu atau merekodkan dapatan bersalah yang sewajarnya dan menjatuhkan hukuman.
Prosiding selanjutnya mengenai pertuduhan terhadap pegawai dilantik, askar-lasykar dan anggota sukarela yang berpangkat rendah daripada pegawai waran