Seksyen 84
Membawa barang dengan tidak sepatutnya
Tiap-tiap orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang sebagai memerintah mana-mana kapal, kapal udara atau kenderan angkatan tentera, tanpa kebenaran yang sah—
(a)
menerima atau membenarkan supaya diterima ke dalam kapal, kapal udara atau kenderaan, apa-apa barang atau barang dagangan yang dimaksudkan untuk dilupuskan atau diserahkan secara perdagangan atau perniagaan (sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas kehendak mana-mana orang lain), iaitu bukan barang dagangan yang diterima dalam masa salvaj; atau
(b)
bersetuju untuk membawa apa-apa barang atau barang dagangan ke dalam kapal, kapal udara atau kenderaan sebagai balasan untuk mendapatkan bayaran tambang muatan, atau meminta atau menerima apa-apa bayaran berkenaan dengan pembawaan itu, boleh dibuang kerja daripada perkhidmatan Seri Paduka Baginda atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.
Akta Angkatan Tentera 87