Seksyen 98
Prosiding selanjutnya mengenai pertuduhan terhadap pegawai bertauliah dan pegawai waran
(1)
Selepas menyiasat sesuatu pertuduhan terhadap seseorang pegawai bertauliah atau pegawai waran, pegawai memerintah hendaklah, kecuali jika dia telah menolak pertuduhan itu, mengemukakannya mengikut cara yang ditetapkan kepada pihak berkuasa yang lebih tinggi; dan kemudiannya hendaklah diputuskan oleh pihak berkuasa itu bagaimana pertuduhan itu hendak dibicarakan mengikut kedua-dua subseksyen yang berikut ini.
(2)
Jika pertuduhan itu ialah suatu pertuduhan yang boleh dibicarakan terus, ia boleh dirujukkan kepada pihak berkuasa atasan yang berkenaan.
(3)
Jika pertuduhan itu tidak dirujukkan sedemikian, langkah yang ditetapkan hendaklah diambil dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera.
(4)
Jika pertuduhan itu dirujukkan kepada pihak berkuasa atasan yang berkenaan, pihak berkuasa itu hendaklah menyiasat pertuduhan itu mengikut cara yang ditetapkan dan memutuskan sama ada tertuduh itu bersalah atas pertuduhan itu dan dengan sewajarnya menolak pertuduhan itu atau merekodkan suatu dapatan bersalah:
Akta Angkatan Tentera 105
Dengan syarat bahawa, jika, dalam masa menjalankan siasatan terhadap pertuduhan itu, pihak berkuasa itu memutuskan bahawa wajar supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera, langkah yang ditetapkan hendaklah diambil dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan sedemikian.
(5)
Jika pihak berkuasa atasan yang berkenaan merekodkan suatu dapatan bersalah, pihak berkuasa itu boleh menjatuhkan satu hukuman atau lebih daripada hukuman yang berikut, iaitu:
(a)
pelucuthakan kekananan pangkat atau bagi seseorang pegawai yang kenaikan pangkatnya bergantung kepada lamanya perkhidmatan, pelucuthakan seluruh atau mana-mana bahagian perkhidmatannya bagi maksud kenaikan pangkat;
(b)
denda;
(c)
amaran keras atau amaran;
(d)
jika kesalahan itu telah menyebabkan apa-apa perbelanjaan, kerugian atau kerosakan, tahanan gaji, kecuali dia tidak boleh mengenakan pelucuthakan kekananan pangkat dan denda kedua-duanya sekali.
(6)
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen (4), jika pihak berkuasa atasan yang berkenaan telah memutuskan bahawa tertuduh itu bersalah dan jika pertuduhan itu telah dibicarakan terus pihak berkuasa itu akan mengenakan pelucuthakan kekananan atau perkhidmatan atau tahanan gaji, atau jika sesuatu dapatan bersalah akan melibatkan pelucuthakan gaji, pihak berkuasa itu tidak boleh merekodkan sesuatu dapatan sehingga tertuduh itu telah diberi peluang memilih untuk dibicarakan oleh mahkamah tentera; dan jika tertuduh itu memilih sedemikian, pihak berkuasa itu tidak boleh merekodkan sesuatu dapatan tetapi hendaklah mengambil langkah yang ditetapkan dengan tujuan supaya pertuduhan itu dibicarakan oleh mahkamah tentera.
106 Undang-Undang Malaysia AKTA 77