Seksyen 81
Jika—
(a)
mana-mana pegawai yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini memukul atau selainnya menganiayai mana-mana pegawai yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang berpangkat rendah atau kurang kekananannya atau mana-mana askar-lasykar yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini; atau
(b)
mana-mana askar-lasykar yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini memukul atau selainnya menganiayai mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini, iaitu seseorang askar-lasykar yang berpangkat atau bertaraf rendah atau kurang kekananannya, dia boleh, apabila disabitkan oleh mahkamah tentera, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dikenakan apa-apa hukuman yang lebih ringan yang diperuntukkan oleh Akta ini.