Skip to content

Seksyen 94

Peruntukan bagi mengelakkan kelengahan selepas penangkapan

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 105 of 129
Seksyen 94

(1)

Pengataan terhadap mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini yang berada dalam tangkapan hendaklah disiasat dengan sewajarnya tanpa kelengahan yang tidak perlu, dan dengan seberapa segera yang boleh hendaklah sama ada dibicarakan untuk menghukum kesalahannya atau dia dilepaskan daripada tangkapan.

(2)

Jika mana-mana orang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini setelah ditahan dalam jagaan perkhidmatan, masih berada dalam tangkapan selama tempoh melebihi lapan hari tanpa diadakan suatu mahkamah tentera bagi perbicaraannya, suatu laporan khas tentang perlunya dilengahkan selanjutnya hendaklah dibuat oleh pegawai memerintahnya itu kepada pihak berkuasa yang ditetapkan mengikut cara yang ditetapkan, dan juga suatu laporan yang serupa itu kepada pihak berkuasa itu dan mengikut cara itu tiap-tiap lapan hari sehingga suatu mahkamah tentera diadakan atau kesalahan itu dibicarakan terus atau dia dilepaskan daripada tangkapan:

Dengan syarat bahawa bagi seseorang yang berada dalam perkhidmatan giat, subseksyen ini tidak kena dipatuhi setakat yang tidak dapat dilakukan dengan munasabah, memandangkan kepada kepentingan operasi.

(3)

Bagi maksud subseksyen 64(1) soal sama ada berlakunya kelengahan yang tidak perlu dalam mengambil apa-apa langkah bagi menyiasat pengataan terhadap seseorang yang berada dalam tangkapan hendaklah diputuskan tanpa menghiraukan peruntukan subseksyen yang akhir disebut.

Akta Angkatan Tentera 97